Suraya Seafood | Kampung Baru


Assalamualaikum,

Previous entri aku ada mention kan yang aku ada dua orang lagi kawan yang intern dekat area KL juga, sorang di Petronas KLCC, sorang lagi ni PNB. Tinggal pun dekat-dekat je, kalau naik LRT memang satu lane Kelana Jaya- GOmbak.

Semalam waktu balik kerja hujan lebat, then aku terfikir balik rumah nak buat apa, tidur? Sia-sia je tak memanfaatkan masa yang ada. So aku text Yanie ajak jenjalan KLCC dengan Naz sekali. Bila dah sampai KLCC kami tukar plan plak nak dinner kat Kampung Baru yang juga dikenali sebagai #syurgamakanan! Excited aku kalau bab makan :P


Actually kami memang pernah plan pun, sepanjang intern ni kami nak terjah kedai makan sedap-sedap kat KL ni. Bergerak semua pakai public transport dan berjalan kaki, so insyaAllah pembakaran lemak dapat turut sama dilakukan walaupun makan sedap. hahaha


So dari KLCC kami naik LRT turun di station Kg Baru, dari station jalan kaki je menuju ke #syurgamakanan yang dikatakan orang ramai tu, nanti akan melalu restaurant Stable Steak House yang pernah masuk JJCM last two weaks tak silap. InsyaAllah lepas ni try terjah situ plak hahaha


Kami jalan tanpa hala tuju, tak tahu nak makan apa dan kat mana. Then ternampak kedai ni Suraya Seafood.







Berpandukan pada teori "ramai orang pasti sedap" kami yakin yang kedai ni mesti sedap sebab ramai orang, penuh bak ang! Mujur ada satu meja kosong untuk kami bertiga.

Di pintu masuk je dah boleh nampak diowang jual kerabu macam-macam dan sebelah lagi jual kerang bakar. The smell wass sooooo yummmmy!! Terus lapar saat jejak kaki disitu.







So ini la makanan yang kami order:
- kerabu sotong
- kailan ikan masin
- tom yam ayam
- kerang bakar
- nasi putih




Kerabu sotong dia, seriously SEDAP! sayur dia sedap, sotong dia tak liat, kuah dia masam manis masin, ishh sedap sangat!! Belum sampai nasi kami dah ratah kerabu sotong dulu. kih3 Sampai salad untuk hiasan pun aku makan jugak sebab sedap sangat.. nyumnyumnyum!







Yang special tentang kerang bakar kat sini ialah sos dia, ada taburan kacang dalam tu, soo makin sedap la bila makan kerang cicah sos. Kerang panas so masing-masing sangat serius waktu nak bukak, Naz sampai terpelanting satu kerang hahahaha





Tom Yam Ayam dia sedap jugak, kick jugak! Tak macam certain kedai yang tomyam dia tawar dan cair. Ayam dia pun banyak tak kedekut. :D



Aku tak berapa suka makan sayur, so aku amik komen Yanie la, dia cakap sedappp, aku rasa separuh sayur ni dia yang makan hahahaha. Sampai kuah pun dia hirup hahahaha

Yang tak boleh bla, sepanjang makan masing-masing duk review makanan, rasa semua hahaha macam JJCM tapi pengacaranya 3 orang.

Harga total semua sekali RM26.60 je tau. Kira kami kongsi 3 orang, sorang dalam RM9 je, makan kenyang dan sedap macam ni. Alhamdulillah.


Lepas makan terus carik masjid untuk solat Maghrib. Dan terus jalan kaki, naik LRT dan jalan kaki lagi untuk sampai ke rumah masing-masing *pembakaran lemak waktu ni* hahaha



*Ikhsan Google

Waktu jalan kaki ke LRT Kg Baru, kami pun leka tengok pemandangan KLCC dari sini, terutama sekali aku la. Cantikkan?? kan?


Kalau yang nak tahu lebih lagi tentang makanan kat Suraya Seafood Kg Baru ni, klik la link yang aku letak kat bawah gambar di atas, blogger tersebut pun ada share pengalaman mereka makan kat sini.


 Lepas ni kalau ada lagi aku makan kat mana-mana, aku cuba cerita kat sini lagi. Tu pun kalau aku ingat nak amik gambar. hahahaha


 

Apa la ertinya entri tanpa gambar pengacara JJCM bertiga ni hahaha
*wajib guna camera 360 :P


Adioooossss





4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

happy moment

Azham Vsvc said...

Kampung Baru memang banyak kedai makan best-best! Dulu waktu study kat Bangsar dulu selalu makan kat sana hehehehe :)

Liyana said...

mak ai. sodapnye nampak. thanks for d review! =)

Anonymous said...

salam, dari lrt kampung baru, macam mane nak ke suraya seafood? ini pertama kali saya akan ke suraya seafood.