Kes Penipu Deposit Rumah Oleh Perempuan Cantik | Kerinchi




Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama nak update entri pasal ni, tapi asyik tangguh-tangguh je.
 Dalam entri sebelum-sebelum ni aku ada cakap pasal banyak dugaan la waktu mula nak carik rumah untuk praktikal kan.


Al-Kisahnya....

Hujung sem lepas, sebelum start final exam lagi aku dah mula mencari rumah sewa bila tempat praktikal dah confirm. Takut lengah lengah nanti tak ada rumah plak susah nak kena ulang-alik Seremban. Bocor poket Mak Jemah. So aku memang 100% mencari bilik sewa melalui ibilik.com dan mudah.my.


Setiap iklan aku view sebab nak dapatkan bilik yang paling murah, tapi tak ada. Sedih lagi :(


Beberapa hari lepas tu ada sorang perempuan call bagitau ada bilik kosong, fully furnished, sewa RM150 sebulan, deposit 2 bulan (RM300). Waktu hujung sem weh, pepaham je la student mano yang kayo?? semua kayap.. Aku terpaksa guna duit bantuan zakat yang UiTM bagi untuk bayar deposit tau.


SILAP aku time tu ialah, aku tak pergi tengok rumah dulu. Time tu busy dengan esaimen dan nak final exam, so aku tak ada masa nak pergi tengok bilik tu. Lagi pulak perempuan tu cakap kalau nak book cepat sebab ada orang lain nak jugak.


Dengan berat hati aku bankin kan RM200 ke akaun dia, selebihnya bayar time masuk nanti (dia yang tetapkan janji macam ni).  Time tu lega dah sebab settle satu benda.



Malangnya, beberapa hari lepas tu dia contact suruh bayar lagi deposit, dia perlukan duit untuk bayar sewa bilik. Time tu mood aku tak baik, so aku terus je sound dia kat whatsapp marah pasal hari tu perjanjian lain, ni tiba-tiba perjanjian lain pulak. Lepas tu dia senyap tak reply.


Beberapa hari lagi lepas tu, dia whatsapp lagi. Merayu mintak tolong depositkan semua duit sebab dia nak buat bayar bills. Dia punya ayat, dia punya rayuan memang buat aku kesian kat dia. Ni padahnya kalau hati mudah kesian, diri kena tipu pun tak sedar sebenarnya. So aku carik lagi RM100 bankin ke dia, punah habis belanja makan aku time tu. T_T


2 hari lagi nak start praktikal, aku contact dia cakap nak pergi tengok rumah, niat nak usha2 barang apa yang aku nak kena bawak, usha jalan semua. Tiba-tiba dia cakap, rumah tu tak fully furnished, housemate sorang buat hal tak nak bayar sewa dan sewa bilik naik jadi RM200 sebulan. Aku macam WHAT??!! apa menda ni. Actually ada banyak lagi benda lain yang dia cakap putar belit, sampai aku pun pening.

Dia siap cakap

"Amik je la Aini bilik ni, RM200 je. Awak dah bayar deposit pun".

Cakap senang la, aku bukan anak Tan Sri la ngek! Total deposit pun aku kena tambah dekat RM400 jugak, aku tak tahu macam mana dia kira.

Then aku terus cakap, TAK NAK! Saya nak duit saya balik.



" ehhhh kalau macam tu kena carik pengganti la Aini"

Stress guling-guling time tu. Nak carik rumah baru bermakna kena carik duit lagi untuk bayar deposit. Mintak tolong kawan untuk tengokkan kat ibilik bilik sewa lain yang available, sebab memang dah kesuntukkan masa time tu. Then dia share satu iklan pasal penipu di Vista Angkasa.








Aku tengok iklan tu je, terus berdebar, tengok no tertera sama dengan no perempuan yang deal dengan aku tu. SAH SAH SAH aku kena tipu.

Lepas dapat tahu, aku whatsapp dia tanya details pasal dia, tempat kerja kat mana. Dan aku bagitahu dia yang aku dah kahwin dan suami anggota Polis. Then dia terus terkejut. Lepas dah cukup kumpul bahan bukti baru aku cakap yang aku tahu dia penipu, tolong pulangkan duit aku balik. Sampai ke sudah dia tak mengaku dan tak hairan kalau aku buat report polis. Dia janji akan pulangkan duit aku esoknya. Tapi HARAM tak ada. Lepas aku desak desak, marah dia, aku dapat balik RM300 aku dengan tiga kali bank in, lama jugak berminggu la. Nampak sangat dia dah guna duit tu sebenarnya, deposit tu sepatutnya duit atas angin, untuk book, mana boleh guna. Tujuan aku bagitahu yang aku dah kahwin n suami anggota polis sebab nak gertak dia, kalau tak mungkin tak akan bayar lansung duit aku macam kes kes yang lain.



Rupanya dia masih lagi aktif buat kerja songlap duit orang. Kali ni lebih teruk, duit deposit terus BURN. Mangsa siap letak gambar lagi kat iklan ni, cantikkan perempuan ni? Umur 24 tahun dah kahwin dan mempunyai dua orang anak.

Ada yang Tanya kenapa aku tak buat report polis?

Sebab: Aku tak pergi tengok lagi kewujudan rumah tu, aku Cuma tahu kes dia ni melalui iklan dalam ibilik. Dan aku sendiri tak berani berdepan dengan dia since aku tak ada sesiapa yang boleh backup in case jadi apa-apa. Orang zaman sekarang sangat unexpected.


Jadi aku buat entri ni, untuk peringatan pada orang lain dan terutama sekali junior yang mungkin akan mencari tempat intern di kawasan baru dan mencari bilik sewa.












8 comments:

Innanie Ariffin said...

since saya budak UM, yg berhampiran... nak share enrty ni ye.. buat pengajaran!

Nurzakiah Hanum said...

singgah tgh

imie fatiema said...

uii macam2 penipu ada zaman ni, tapi betui ke gamba dia tu takut gambar org lain dia curik kan..

Dianaa said...

muka cantik, tapi perangaiii. suka sangat makan duit haram kot

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

ish..mcm2 zmn skrg.sebab nk duit sanggup menipu.huhu.muka lawa lak tu adeh..memg kena hati2 dan tgk sendiri rumah tu.melainkan kite benar2 yakin org tu tak kan menipu.huu..tahniah dik atas entry mcm nie.moga ramai yg xjadi mangsa seterusnya.

Cik Cammy Lia said...

sy yg bce pon rsa nek angin.jht btl lah...sngnye org kan nak dpt duit..suka dia hidup dlm x berkat cmtu..adess

Aini Azman said...

@imie fatiema

mula2 saya fikir macam tu jugak,nanti tak pasal pasal perempuan lain jadi mangsa. Jadi saya google macam2 keywords sampai saya jumpa satu blog ni yg kenal dan pernah menjadi housemate pada perempuan ni sbb dia pun buat entri berkaitan dgn kes ni. So saya dapatkan confirmation dari dia. n memang itu orangnya.

nurdani said...

harap orang tu berhenti la buat benda macam ni. kepada yang lain termasuk saya kena lebih berhati2. takut jugak jadi macam ni kan