ATOK KEMALANGAN


Kawan kawan terdekat dan kenalan Facebook mungkin tahu pasal kejadian Atok accident minggu lepas. Terima kasih semua yang mendoakan semoga Allah balas setiap doa kalian dengan kebaikkan.


Ahad 29/9

Hari tu aku ada di rumah sewa KL, tiba-tiba dapat panggilan dari seorang lelaki bagitahu “Ayah awak accident di depan Kilang MCIS Senawang”. Waktu tu aku tak dapat tangkap lagi sebab dia cakap Ayah sampai aku tanya balik “Ayah mana?”

“Ayah yang bawak Vespa ni”

Ya Allah, Atok rupanya yang orang ni maksudkan.

“Itu Atok saya! Macam mana keadaan dia?”

Lelaki tu cuma bagitahu tengah tunggu ambulance, tapi tak bagitahu keadaan atok macam mana. So aku jadi makin risau time tu. Dia mintak no phone family berdekatan sebab aku waktu tu aku kat KL.


Aku try call Ucu tak dapat berjawab, mungkin Ucu dah ke tempat kejadian. Jarak tempat atok accident dengan rumah dekat je dalam 10min macam tu.


Dengan tak mandi, dengan selekehnya. Aku terus capai tudung, siap siap balik Seremban. Time tu tak ada siapa yang aku boleh mintak tolong so terpaksa jugak guna public transport LRT n Komuter. Sepanjang perjalanan aku shaking kot takut apa-apa jadi kat Atok. Then aku cuba sekali lagi call ucu, Ucu cakap atok masih tengah tunggu ambulance, muka atok cedera, atok menggigil. Lega sikit time tu dengar sebab tak ada kecederaan serius dan atok sedar tak pengsan.


Sebenarnya Atok memang tengah sakit, darah dia pekat dan kaki dia membengkak dengan darah tinggi lagi. So bila jadi macam ni memang kami risau sangat. Sampai Seremban terus amik teksi ke Hospital Seremban ke emergency department.

Lepas tu nampak Ucu dan Atok atas katil L




Only Allah knows how I feel during that time. Kata atok cedera kat muka je kenapa dengan leher n kaki atok ni, kenapa siap pakai oksigen semua. Aku jenis tak menangis depan family, aku akan tahan selagi boleh. Bila Ucu suruh pergi bercakap dengan atok time tu pon aku tak nak.


Dua kali atok masuk x-ray, untuk pasti kecederaan. Atok patah kaki kiri n ada sedikit cracks kat leher. Lain lain cedera kat muka. Tak ada kecederaan dalaman. Alhamdulillah.


Time ni atok dah dalam 4-5 jam lepas kejadian, tapi luka masih berdarah.
Nurse pun cuci sikit sikit, tak bersih pun.


Dari sampai hospital sampai esok harinya. Atok kena baring dalam keadaan flat sebab doc cakap mungkin tulang belakang atok effect sekali tapi tak dapat nak sahkan sebab doctor pakar tak ada time tu. Tapi atok degil, dia merayu mintak tolong tegakkan badan dia sebab dia tak selesa, tapi doctor dah warning tak boleh effect dia atok boleh lumpuh. Sedihhh ooo time tu sebab tak dapat tolong atok.



Alhamdulillah, berkat doa kawan2 dan saudara mara jugak, esoknya doctor sahkan tulang belakang atok ok. Kaki atok cuma kena simen je, dan atok dah boleh duduk tegak. Doa kawan2 aku rasa macam masukkan dalam guni, bila jumpa atok aku pass kat atok. Seriously aku rasa macam tu. :/ Sebab tu jugak atok tak ada kecederaan serius. Alhamdulillah

 





Ini part paling sedih sebenarnya. Bila kena suapkan atok makan n minum.
Bersungguh tahan air mata.



Atok discharge lepas 3hari kat hospital. Now officially atok dah tak KERJA, tak perlu lagi sara cucu dia sorang ni. Atok sekarang berkerusi roda, dan berbaring/duduk di ruang tamu yang dah diletakkan katil khas untuk atok. Aku, ucu, p.ngah dan cousin bergilir-gilir jaga atok.


Macam aritu atok nak ke bilik air tau, lepas tu aku n cousin bersungguh menggangkat atok letak atas wheelchair, tolak pergi bilik air n cakap “tak berat la tok, ringan je ni” sambil control nafas. Hahaha nak jaga hati atok punya pasal.


Pape pon kami sekeluarga enjoy jaga atok, tak rasa susah pon. Cuma susah time atok degil, tak padan dengan kaki bersimen sibuk nak bergerak gerak. Hahah selalu kena marah, marah sayang J

Tak dapat aku bayangkan kalau aku kehilangan insan ni. Insan yang sampai ke tua pun masih nak berkerja sebab nak sara aku. Insan yang membesarkan aku dari kecik sampai sekarang.



Ya Allah, panjangkan lah umur atok, kurniakan lah kesihatan yang baik, agar sempat aku berbakti membalas jasa dia selama ni.




Semoga Allah membalas doa kalian semua dengan kebaikkan.














5 comments:

Cik Cammy Lia said...

atok dh jadi mcm ayah awk lah ea. moga atok awk cepat2 sembuh.mmg xsggup lihat org yg kite syg dlm keadaan mcm ni..sy pernah laluinya..

Anonymous said...

Semoga kecederaan atok disembuhkan dan semoga Allah mempermudahkan proses merawat atok.

Amin... :)

nur hanisah said...

takziah..
saya doakan atok awak makin sembuh..untung awak masih ada atok.. :)

Anonymous said...

semoga atok awak cepat sembuh ye.. *bakal? alhamdulilah .. semoga berkekalan :)

Anonymous said...

semoga atok awak cepat sembuh ye.. *bakal? alhamdulilah .. semoga berkekalan :)