Bibit Nak Kahwin


Lama tak dengar cerita Bibit kan?

Bibit sihat je, Alhamdulillah..

Lately ni dia dah pandai mengamuk, kalau ada yang dia tak puas hati dia akan terbalikkan tempat makan dan minum dia dalam sangkar. Jenuh la aku nak membersihkan nya balik. huhuhu


Untuk pengetahuan Bibit aku tak bawak ke rumah sewa kat KL, aku tinggalkan kat Seremban, Ucu n Atok ada untuk tengok-tengok kan dia. So ini pun salah satu sebab aku balik setiap minggu, tahu dia rindukan tuan dia. kekeke Padahal aku yang rindu dia.



Kalau aku ada rumah, time siang, memang aku lepaskan aje dia main satu rumah. Bila nak maghrib macam tu baru aku masukkan dalam sangkar. Yang pelik nya, dia melompat lompat kejap je, selebihnya dia suka duduk bawah katil aku, duduk kat situ sorang sorang, lompat-lompat pun kat situ je la. Kalau tengok dia senyap je, haaaa semua orang tahu dah nak carik dia kat mana.


Yang bagusnya jugak, tak ada pun tahi dia bawah katil aku. Mungkin dia balik sangkar dia kot kalau nak berak. Hahahaha *jinak betul





Zoom sikit!
Ni time dia tengah aktif, macam kangaroo pun ada tengok dia lompat.







Zoom Lagi!
Gemok tak saya??
Macam tuan saya!





Ni kalau dia dah penat.
Landing kemain tepi pasu.



Sebenarnya Bibit dah boleh kahwin. Rasa bersalah pun ada sebab tak sempat nak carikkan dia bini,
rasa macam sekat keperluan "tut" dia sebagai seekor haiwan.

*sedang mencari arnab betina untuk kahwin dengan Bibit.





2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cutenya

Suria Lekatlekitgurl said...

bagus tak gigit wayar. dulu in law saya ada arnab juga. kalau lepas abis semua wayar dia gigit. asben suka usik2. kalau dia marah mesti dia kencing.. tapi dah RIP