After | 3 | Years



Memang lah bukan laptop Vaio yang nampak exclusive, bukan DELL yang warna warni, bukan APPLE, Macbook yang menjadi kegilaan, cuma Compaq Presario CQ40 jew..

Tapi Compaq Presario CQ40 ni lah yang banyak berjasa membantu aku menyiapkan assingments, main webcam syok sendiri, meng 'online' (ni 90% kerja dia), termasuk tweet tweet tah apa apa aku tu, status status FB yang mendapat LIKE adalah dalam 3-4orang tu semua melalui lappy ni lah, ha lappy ni tau, bukan pakai Samsung Note 2 or Blackberry....

Umur dah cecah 3tahun dah, tak pernah sekali pun masuk kedai, format pun tak pernah hahaha

Cantik je aku jaga harta yang satu ni, yang akan aku wariskan pada cucu sulung kelak... =.='



Tapi disebabkan makhluk ganjil yang baru lahir 2bulan berperangai pelik, yang memilih untuk mengasah kuku atas keyboard lappy ni, maka habis ! luluh! hancur! berdarah! luka! parah! hati aku ni............


Sebenarnya waktu tu aku tinggalkan lappy aku kejap je kat ruang tamu sebab nak basuh baju, memang anak-anak kucing aku 3ekor tengah berkeliaran dalam dan luar rumah..

Lepas siap basuh baju pergi balik ke depan untuk sambung online, mata dah la rabun, nampak ada something warna hitam bersepah-sepah atas karpet, tapi tak dapat tangkap lagi apekebenda tu, boleh buat bodoh plak tu, duduk bersila, pandang screen, time nak menaip, pandang keyboard.... SUBHANALLAH!!







Rupanya benda hitam yang bersepah atas karpet tu key keyboard aku ni ha! Aku semacam speechlesss time tu, macam tak percaya tengok keyboard rompong macam ni. Pastu lagi sakit hati tengok 3-3 ekor anak kucing boleh buat muka tak bersalah lompat main sana sini.... padahal aku kat situ tengah meratap kesedihan.. 

Nak mengamok kat kucing, dia mana ada akal, so marah kat diri sendiri je lah sebenarnya, careless biarkan lappy macam tu..

Serius, aku memang tak reti nak pasang balik key tu, tak tahu lah patah ke or tercabut.. Key yang tak tercabut plak pun masalah jugak, kena hentak pakai batu lesung dulu baru appear kat screen.. sedih nya lahaii...


Urmm, ok itu aje nak bagitahu. Terima kasih la sudih baca :D




p/s: Baru lepas publickan blog actually sebab kes lecturer 'pamer' kan blog aku untuk tatapan students dalam kelas mass lecturer.. header blog pun dah aku remove untuk sementara waktu ni,
malu habaq hang!!
><"








3 comments:

Anne Nurain said...

nakal sungguh kucen itu..
dah takleh pasang balik ke? nasib baik kucen tu x cakar skrin.. hehe.. sabo eh? :)

Shafira said...

alolo .. comel tpi agak cian kt akak sebab keys hilang... kita serupa kak.. my nephew time dye baby sume bnde nk cungkil .. my back space n number two went missing... akak beli extended keyboard la kak.... :)

zoulmzmn said...

agak teruk tu.. xpe, boleh dibaiki lagi :)

senang keje,anta kedai :)