BlackBerry Di Hari Lahir Ku



Alhamdulillah! 
Yey!
Gua dah besar, gua dah boleh mengundi, gua dah boleh berdikari, gua dah boleh kahwin.. hikhokhikhok 
Lipat baju pun malas ada hati nak kahwin =P

27hb September, diri ni sudah genap mencecah umur 21tahun, syukur.. =)

Lepas ni boleh la guna dialog ni kat Atok: 


"Come on la Tok, Ain dah 21tahun okeyh, Ain nak kan kebebasan, hak bermain hak Ain tok"

Mau kena tembak dengan senapang patah kejap lagi =.='


Pada hari jadi sendiri aku juga telah set mind untuk tidak mempercayai sesiapa disebabkan kawan-kawan aku ni memang nampak normal diluar tapi dalam perut tak ada usus dan hati.. hahaha Aku mengharungi hari itu dengan hati hati... #thisisserious

Dah la malam birthday sendiri yang patutnya diserikan dengan panggilan telefon terpaksa disenarai hitam kan, sebab aku membuta dari pukul 10:30 hingga 12:30 bagi mengelakkan kena prank jugak sebenarnya.. mujur bila bangun masih lengkap semua anggota badan..

Tapi malang seribu kali malang, diri ni tak cukup peka dengan keadaan sekeliling, aku kena prank dengan diowang ditaman lepas aku habis jogging. Sumpah! Unexpected gile gile punya prank....  #hantukkepalakatdinding

Come on la! Aku tengah jogging kot.. nak kurus kot, kenapa buat aku macam ni... =(


Aku sikit punya syiok pergi jogging petang tu dengan Afiq dan Amirul (classmates), dah lah aku sendiri yang ajak tau bukan diowang, lepak kat playground semua, main buai macam kanak-kanak ribena, main seesaw, tanpa rasa yang akan jadi malapetaka lepas tu..  dan akhirnya waktu aku tengah berjalan kat padang rugbi....

Aku dimandi dengan air bancuhan telur + sanquick + kunyit + 100plus + softlan + kicap dan tepung, boleh bayangkan tak bau nya macam mana? Macam ni ---> muntah kuning hijau oren biru, semua ada!

Aku punya lari kat taman tu memang aku sendiri tak sangka aku boleh lari selaju tu, sampai sakit sakit kaki ea 3hari selepas.. bangun tidur rasa macam nak merangkak punya sakit..

Punya diowang nak melaksanakan niat jahat tu, sanggup turun bukit dah macam askar nak elak dari aku nampak..hahaha Pada mulanya cuma 3orang je at the end ada 8orang rupanya.. =.='

Entah bila masa diowang rancang, diowang menyorok, aku sendiri tak sedar, tak pasti.. Lakonan masing-masing memang boleh menang Anugerah Skrin...

Mangsa bersama dengan aku hari tu ialah Afiq sebab birthday dia 17hb September so kira kena balun sekali la... padan muka kau! Plan untuk aku, kau sekali kena!




ini hasil prank korang...
kalau masuk kuali memang jadi cekodok garing =P
Time nak basuh baju ni, aku muntah muntah bau air dia,
memang loya nak meninggal
=.='


The Most "TERHARU" Part

Tak cukup dengan prank air busuk ni, diowang prank aku lagiiiiii..... Siap bagi hadiah, berbalut cantik, ada beg lagi, kononnya kata Ikhwan si master mind, hadiah ni dari semua classmates, collect duit untuk aku, hati aku sumpah terharu gila dah time tu. Dia tambah lagi, yang aku asyik cakap nak benda ni je so diowang belikan lah aku satu...

Bila aku bukak pembalut, aku nampak kotak BlackBerry memang real habis!
Aku 50-50 nak percaya sebab Ikhwan ni setakat BB RM400 celah gigi je, nak melompat-lompat malu, dalam hati dah macam menggigil ni gembira,


and this is the thing..!


Ye memang aku asyik cakap nak BB je lately ni,
tapi sampai hati korang bagi BB tipu ni kat aku,.
='(
hahahahahaha


Gurauan berkasih namanya ni, haha Hadiah yang sebenar ada terselit dalam kotak tu lagi;


Tudung bawal warna hijau,
tetau aje Aini suka warna yang terang,
=')


Memang prank yang aku sangat2 tak expect, dengan kena tipu lagi dapat BB, buat aku tergelak sepanjang hari sampai malam, sampai ketika aku menaip entri ni. =')


Terima kasih Ikhwan, Nazera, Mariam, Ayu, Intan, Amirul, Afiq dan Razif untuk prank untuk blackberry tipu dan untuk dinner yang best di Segamat Seafood dan juga untuk lepak di Dataran Segamat sambil merenung langit beramai-ramai =D





"Selama ni aku terlupa untuk mensyukuri nikmat yang ini,
iaitu mempunyai mereka yang menceriakan hidup ku, Alhamdulillah"



*Entri ni akan bersambung lagi... 




4 comments:

Anonymous said...

best baca story kat atas... apa pown untung dan bersyukur lah ada kawan2 yg bagi saya mmg friendly habis... :-)

Anum said...

bb best

Anonymous said...

sangat indah dikelilingi kawan2..jangan berduka lagi wahai saudari kerana yang indah tu adalah kita yg mcorak kehidupan ini.. selamat meneruskan hari yang mendatang dengan tabah :)

aindzaya said...

ada dah sket rupe2 bb..simpan case dulu...blackberry hadiah kendian pulak..hehehew

sila turun padang beramai ramai untuk mengekalkan ain dalam terampuk ke-30!