BILIK SEHINGGA HABIS DEGREE




Assalamualaikum bunga bunga dan kumbang kumbang!! =)

Rumah sewa I baru pasang streamyx ualls semangat berblogging melonjak melonjak, terima kasih TM Net, selamat tinggal broadband!

Actually sepanjang 3tahun aku di UiTM Segamat ini lah pertama kali aku duduk rumah sewa.... Yeah! Sebelum ni aku duduk dalam kolej je, asal tak dapat aku buat rayuan dan interview.. tapi this sem dah kena sound dengan unit NR suruh duduk LUAR!! Ok fine aku duduk luar untuk bagi peluang pelajar baru yang tak biasa dengan bandar Segamat ni. Penat la aku nak buat muka kesian setiap kali interview hehehe

*kantoi

By the way Segamat kini dah macam Kuala Lumpur, I TELL YOU! KL ada 1Utama, kami ada 1Segamat, kami juga ada Untung Orang ramai and the best part is.......................... kami ada wayang tau bukan GSC bukan MBO tapi Lotus Five Star.  SO tak rugi duduk luar!


Sebelum aku nak tunjuk bilik rumah sewa aku, aku nak kenalkan salah sorang housemate merangkap roommate dan teman tidur ku setiap malam disini.



MEERA!
Asal dari Selangor, umur 20tahun, 
Baru 2minggu duduk sebilik dengan aku dia dah nampak aku menangis
Mohon Meera abaikan kalau nampak lagi Aini menagis lepas ni,
menangis tu memang hobi Aini sebelum tidur.
amik mood..
hahahah




Honestly aku sangat suka bilik aku sendiri sebab cat dinding warna pink, walaupun bukan warna kegemaran aku but sejukkk je mata ni bila pandang dinding.haha

Berbaloi la dengan sewa RM100 sebulan termasuk api dan air tidak termasuk internet.

Tapi MALANGNYA......



bilik aku tak ada katil...!!='(
Tilam yang tinggi sikit tu Meera punya, tinggi sebab dia pakai dua tilam,
elok jugak tinggi sikit dari aku tak ada la nanti semua tempat aku conquer
hehehe
Benda wajib atas tilam aku "bantal peluk"..
dari Dip sampai Degree.. tak pernah sekali aku tinggalkan dia..
even dah kawin pun nanti mohon future husband izinkan i bawak benda ni atas katil ea
hahahahha







Ini je meja study aku, buku buku semua pun letak kat tepi aje, lagi pun aku bukan jenis yang study atas meja, aku study atas katil..

Lampu meja tu pun actually ucu aku punya hadiah kahwin, aku rembat =P





Cermin ni walaupun panjang, tapi dia jujur tak menipu..
sebab ada cermin yang tipu dia nampakkan badan kita kurus padahal gemuk
=.='



Bekas pensil ni ibu bagi hadiah hari jadi waktu aku sekolah rendah, tak ingat darjah berapa..



Inhaler tu nyawa, dalam handbag ada, atas meja ada, kat rumah Seremban pun kena ada,



Almari pun tuan rumah tak provide, so terpaksa lah kami beli almari kain ni,
aku punya yang warna kuning, background gambar itik dengan bunga,
comel tak?? hahah
*lempang muka sendiri



Lastly, siling bilik aku pun aku snap sebab nak tunjuk ada star glow in the dark,
kalau malam malam nak tidur duk tengok bintang bintang ni la,.
*like a baby! =P


InsyaAllah, bilik ni lah tempat aku bertapa, melayan perasaan, online, solat, tidur, study hingga habis degree tahun depan. 


TQ TQ TQ sudi baca entri aku =)





5 comments:

NUR said...

Sian xde katil eh..

Anis Adila Aris said...

kite pun bru duduk umah sewa :)

Mysara Ab Rahman said...

duk area ne ni dik?
ala...xpe segamat kn dh ada mcm2..:DD
akak student final year degree..we all duk paya pulai..umah sebulan rm180je..hee..kongsi 4org

nisa_perasan_cun said...

besh nye..rindu lak nisa kat umah sewa lama..hehehe..

hye aini...lama xtegur..hehe

nuruashia said...

wawhhh..oke dah tu bilik awk yunk :)