Pengalaman Jadi Bidan Terjun




Salam Ramadhan semua... =)

Lama sungguh tak update blog, entah kenapa semangat berblogging aku selalu terhenti ditengah jalan. Banyak sangat dah entri ada kt draft tu tapi semua entri separuh siap je hehehe

Ni aku ada cite best punya. Pengalaman aku jadi bidan terjun!!

Yeah bidan yang kerja dia sambut baby baru lahir tu. Tapi aku lain sikit, aku bidan untuk kucing yang nak bersalin, oh i mean beranak. =)


Pada satu petang yang indah lagi permai 4hb, aku tengah syiok tengok TV, Mummy (kucing yang mengandung) asyik bising je, dia ni merupakan seorang seekor yang tak banyak bunyi, kecuali time nak makan je baru dia bunyi meow. But petang tu aku dah kasi makan, aku dah belai, dia bising jugak. Tak terfikir pun dia dah nak bersalin. =.='


Nampak seperti cacing kepanasan, Mummy kehulur kehilir tawaf satu rumah, semua pelosok dari ruang tamu sampai lah dapur dia usha. Waktu tu baru lah aku sedar dia ni mesti dah nak bersalin sebab tu carik port. Aku prepared kan dia kotak, dalam tu dah siap alas semua, tapi dia tak nak, dia lompat keluar. DEMAND!


Kemudian, aku ikot je mana dia pergi, akhirnya dia masuk kebilik aku, masuk kat bawah rak TV! Time tu fuhhhh! lega sebab dia tak masok dalam almari or else dia akan bersalin atas kain baju aku. TIDAK!


Dengan berbekal kan handphone torchlight aku yang canggih tu, aku suluh lah kearah Mummy untuk melihat keadaan beliau, bidan la kata kan.HEHE Time tu nak terbeliak biji mata aku, aku belum cakap “Push mummy, push. Come on” dia dah terberanak sekor! Habis karpet berlendir.


Dengan kelajuan sepantas cahaya aku carik surat khabar, angkat Mummy yang waktu tu berlendir segala, then alaskan badan dia. Sambil bersila dan tertunduk-tunduk aku monitor prosess Mummy bersalin.HAHA


Akhirnya Mummy berjaya melahirkan 4 ekor anak yang mengambil masa setengah jam untuk keluarkan semuanya. Mummy beranak secara normal, tak ada operate HAHA

*okeyh tak lawak =.='


Perkara yang buatkan aku teruja ialah bukan sahaja baby manusia ada tali pusat dan uri tau, baby kucing pun ada. HAHA Aku baru tahu. =P


Setiap sekor ada tali pusat dan uri. Bila proses bersalin dah selesai, ibu kucing akan putuskan tali pusat dan makan uri tu balik. Proses ni membuatkan aku nak muntah!


Waktu bersalin aku cuma ada handphone torchlight tu aje, so tak dapat nak tangkap gambar..

Ni pic semalam.. =)





Bersusun 4 ekor tidur selepas menyusu..hehe







Sayang gile Mummy kat anak dia, peluk-peluk lagi  tidur...
DAN pic ni bukan aku amik letak anak dia dalam kedudukan mcm tu tau,
aku tengok memang dah macam ni, so apa lagi let's snap some pics!!
hehehe



Masih belum memikirkan nama untuk ke empat-empat budak kecik ni. Kawan aku suggested bagi nama 

-Hang Tuah
- Hang Jebat
-Hang Lekir
-Hang Kasturi

Okeyh dak??



5 comments:

Anum said...

nak satu

Akue Achik said...

wahhhh! pengalaman berharga tuuu..sy seumur hidup ni tak pnh lg tgok kucing beranak..huhuu..bgun2 je nmpk dah beranak pnh la..

tahniah untuk ibu kucing..hehe

nama tu cun..kalo suma jantan la..heehe

zieyzain said...

wahh,..cutenyaa =)

ahsfantasy24 said...

wah3..
posing macam ibu penyayang sangat2 dah tu, hehehe~
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin. - ahsfantasy24.com

Ain Dzaya said...

hehew..macam2..omeynyer..manja sangat anak anak kucing tu..