Jom Pekena Asam Pedas Belangkas!! Eh, HALAL ke?




Kenal apa itu belangkas?? Bukan beluncas ea!!
Meh aku kasi tunjuk sikit macam mana rupa belangkas...


*Google
Uhh... menggelikan pun ada..




Minggu lepas aku ke Kota Tinggi Johor untuk siap kan satu tugasan. Ni lah pertama kali aku jejak kaki ke sini. Bila perut dah lapar sorang member aku Afiq yang memang orang Kota Tinggi suggest untuk ktowang lunch makan asam pedas belangkas di Restoran Belangkas Mahkota. Gile ramai orang makan kat sini, mula-mula aku ingatkan ada majlis. =p


*Google
Aku ni yang gayat dengan perkataan "belangkas" mesti lah teringin nak cuba makan, nak jugak tahu macam mana rasa belangkas ni. =p


Urmm... aku terang kan sikit ea macam mana keadaan belangkas ni bila dah masak asam pedas. Time nak makan kita kena kopak cengkerang dia pastu amik isi kat dalam. Isi dia kan nampak macam tempe, serius aku tak tipu. Ada benda bulat-bulat kecik maybe telur dia kot.



Rasa dia..TAK SEDAP!! Macam pelik je rasa dia, aku tak reti macam mana nak cakap. Tapi tak sedap la.



Lepas makan-makan, aku baru aku terfikir boleh ke makan belangkas ea? Bukan ke belangkas ni hidup dua alam macam katak?? Aku Google untuk mendapatkan jawapan dan ini hasilnya.....


Hukum Memakan Isi/Daging Belangkas Dan Telurnya.

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
  2. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan

SUMBER



Ada yang cakap tak elok makan belangkas sebab dia ada mengeluarkan sejenis racun merbahaya sewaktu mengawan. Kalau tukang masak siang tak betol boleh membawa maut pada siapa yang makan nanti. Tapi bagi aku better kowang tak payah makan la...tak sodap!! Serius...=p









11 comments:

Belangkas said...

ooo..berani kata tak sdap.
nak gigit awak!

luahfikiran said...

SALAM,
TAK PERNAH DAN TAK TERINGIN.

solomolo said...

tengok nama menu pon dah x lalu nak makan...

Anum said...

x pernah makan
tgk pun dah ngeri

JIJI YU said...

kalo ko pon dah warning kemaen lagi..aku tak makan pon tak pe

SoLy SoLicious said...

pernah nengok aje belangkas kt aquaria klcc.. tp xpenah mkn..

::Miss Hearty:: said...

nk makan pon mcm menakotkan..huhuhu

zahidah seran said...

pernah makan kat KOta Tinggi jugak.
rasanya not bad kot...
takdela tak sedap langsung...hehehe..
tekak memasing...=P

Syuxer said...

tengok rupa dia pun syuk tak nak makan dah..tak hensem hehe..;p

.m y z. said...

erkk tengok pun macam teragak-agak jugak lah nak makan. tak suka makan benda2 pelik. haha :P

Saiazuan said...

hmm x prnah gua mkn