Sedikit Sebanyak Tentang Diri



Ahhh.. blog blog blog blog! *sambil cium cium skrin lappy


Gila tak rindu! Rindu sangat nak berblog.. nak merepek, nak bercerita.. Walaupun aku tahu tak ada orang baca hahaha


So apa update terkini dari aku? (acah acah artis betul)


Aku sedang menjalani kehidupan sebagai student semester 5 di UiTM Johor.. Ye kawan kawan semester 5 dah saya.. macam tak percaya pun ada, rasa macam baru semalam aku daftar uitm.. hahaha

Secara jujurnya, sem ni memang berat, dari awal lagi aku dah boleh nampak masa depan aku melalui bebola ajaib, hidup aku yang akan tunggang langgang.. urmmm


Selain dari tu, sekarang aku pun tengah usha-usha tempat untuk LI sem depan.. memandangkan ramai yang akan LI  dan kena compete dengan budak budak dari kampus lain, so kami memang kena gerak cepat or else kau LI kat rumah sendiri je nanti..

Antara tempat yang aku mohon dan terfikir nak mohon:

- MATRADE
- MAS, Subang
- KLIA, Sepang
- Malindo Airlines
- KPJ Seremban

dan ada lagi beberapa company yang masih bermain difikiran...


Sebelum mental dan fizikal aku menjadi berat dek esaimen dan segala test.. aku pergi berjimba dulu dengan classmates kat Melaka.. kalau dah nama study Segamat, memang Melaka je la tempat yang paling curlass kau boleh pergi.. hahaha



Ha kau... ada macam team GI JOE tak? (kau dah kenapa Aini)
Ini la first time aku main game Laser Tag kat Mahkota Parade, Melaka..
RM15 untuk 12min (kalau tak silap, den lupo)
Bunyi macam tak berbaloi kan, tapi once kau dah masuk dalam medan perang tu, kau akan rasa
betapa lambatnya masa berjalan..
Kalau aku rajin aku cite la lagi pasal Laser Tag ni..
memang FUN!!


Ini juga pertama kali aku memanah, sebelum ni aku panah hati orang je.. EH! 
Ini jugak kat Mahkota Parade, rasanya tempat ni ramai dah orang tahu..
Aku mempunyai tangan yang unik, iaitu siku bengkok, so setiap kali aku shoot..
string tu mesti akan "jentik" siku aku.. sakit habaq hang!!



urmm.. mungkin dah tak ada gambar lain aku nak letak.. 



Jubah kedua yang aku ada.. ni pemberian seorang sahabat,
yang tak pernah berjumpa, tapi akrab.. pelik kan?
persahabatan tu lebih indah kalau ianya terjalin kerana ikhlas..
terima kasih Ayue..


Ucu terjumpa gambar ni dalam handphone, lepas tu ucu cakap.. 

"Kan cantik pakai macam ni, lepas ni pakai jubah je,. buang semua jeans kau tu.."

Hahaha.. aku hanya mampu gelak..






2 comments:

ch@ said...

argh, rindu zmn nk berjimba canni. tapiii bilaaakah semua ini.... hohooo.

suka tgk aini yg pakai spek tu. cute.

Unknown said...

urmm dah lama x tengok aini update blog..n tiba2 je rase nak bce blog aini stlh sekian lame aini mmprivatekan blog aini ni...akhrnya update jgak..hehe,nnt kalo ada masa update la lg ye..ayue akn jd mmbca setia aini..lastly, aini stdy elok2 ye,smoga mnjadi insan yg berjaya :) n smoga hbgn kite mmbawa kte ke syurga..aminn.