Kronologi Atok Di Hospital





31/1/2012 atok masuk hospital sebab sesak nafas dan kaki bengkak. Mula-mula aku bawa atok ke unit kecemasan dan trauma Hospital Tuanku Jaafar Seremban, pembantu perubatan lelaki tu buat kerja dengan sangat pantas pada masa yang sama beradap. Dengan lembut dia suruh aku bawak atok ke zon hijau untuk pemeriksaan doktor.



Di zon hijau doktor tu plak sangat baik melayan kerenah atok aku yang kadang-kadang aku sendiri pun geram!! Dia check tekanan darah tinggi atok, check darah dan jantung atok. Muka doktor tu nampak risau tapi dia tak cakap pape pon dengan aku. Lepas tu dia suruh bawak atok ke zon kuning.



Di zon kuning, ada sorang lagi doktor perempuan yang check atok dengan lebih details. Segala wayar-wayar, mesin-mesin atok dah pakai. Lepas check doktor tu terangkan kat aku yang atok mengalami masalah jantung tersumbat dan paru-paru berair sebab tu atok sesak nafas dan kaki bengkak. Then atok ditolak ke zon merah which is zon kritikal.



Pada mulanya aku tak risau sangat sebab atok memang dah biasa masuk ke zon kuning setiap kali dia sesak nafas dan lepas tu mesti kena tahan wad. Tapi ini ialah 1st time atok ditolak ke zon kritikal. Luruh jugak jantung aku dibuatnya, mujur doktor explain yang atok ditolak ke zon kritikal untuk dapatkan close monitor dari doktor-doktor kat situ. FUHH! Lega.


Lepas tu atok terus dimasukkan ke wad 7A katil 11A. Kesian tengok atok tak sampai 5minit asik kena buang air je sebab doktor bagi ubat buang air dalam badan sampai atok nak tidur pun tak boleh. 


Yang bagusnya atok selalu masuk hospital time aku tengah cuti sem so senang la aku nak jaga atok. Sepanjang di wad aku terima layanan 1st class dari doktor dan nurse yang semuanya berbudi bahasa.


Cuma ada sorang nurse ni yang biadap dan berkeras dengan atok suruh bayar bil hospital. Padahal atok aku dah cakap yang dia persara askar dan ini bukan 1st time atok masok wad tu, tak kan tak ada record! Time tu aku tak de, kalau ada memang nurse tu kena diajar. Biasanya atok aku tak kan mengadu kat aku kalau ada orang biadap dengan dia, tapi kali ni atok aku mengadu means nurse tu memang betol-betol biadap la!


2/2/12 atok dah boleh keluar wad. Sekarang atok ada kat depan TV baca surat khabar. Makin sihat dan boleh pergi beli roti canai pagi tadi,.he3



5 comments:

Azham Vosovic said...

Alhamdulillah syukur.....

Baguslah Aini ni...cucu mithali....

Izan Ishak said...

alhamdulillah... atok dah makin sihat. mmg tak suka dgn nurse yg biadap kan!

nisa_perasan_cun said...

semoga atok aini cepat sembuh...amin..hehehe..

sesetgh nurse kat sne agak biadap lar aini..sbr je ye..klu die bt lagi siku jerk

PinQib said...

semoga atok will get well soon.. kadang3 senario di spital memang akan ada nurse yang kurang asam perasan dia la owner spital tu..

kadang3 snang je.. repot sama doc dr dok saun nurse

PinQib said...

semoga atok will get well soon.. kadang3 senario di spital memang akan ada nurse yang kurang asam perasan dia la owner spital tu..

kadang3 snang je.. repot sama doc dr dok saun nurse