Kisah Di Hari Lahir Ku


Alamak.... ni cerita basi, ni cerita 27 September lepas. Harap kowang sudi la baca.(^^")


27hb September lepas genap la umur aku 12 tahun 20 tahun. Kadang-kadang aku pun macam tak percaya yang aku dah besar. Banyak sangat dugaan yang dah lalui sejak kecil, mungkin itu kot yang buatkan aku jadi kuat sekarang. Tak pernah sekali seumur hidup dengar ucapan "Happy Birthday" dari dia, insan yang sepatutnya berada disisi aku dan beri kasih sayang. Mungkin tarikh lahir aku pun dia tak ingat. Tak pe lah, aku harap dia bahagia dengan hidup dia sekarang.

Stop mood sedih

Dan I swear !!! Tahun ni sambutan hari jadi aku yang paling meriah seumur hidup aku dari classmates aku. Diowang boleh prank aku!

Hari tu ialah hari Selasa, tak de sorang pun wish HB kat aku selain Ayu n Yatie yang sempat simbah aku dengan air busuk!! Lepas habis kelas Ayu cakap Amirul (class rep) ajak dinner kat luar. So aku ingat mungkin nak buat jamuan sempena hari raya kot sebab raya dah nak habis kan.

Eh malas la aku nak taip panjang2, lets pictures tell the story.. (^^")





Ni antara classmates yang ada malam tu,
jamuan kat kedai makan,
masing-masing pandai cover muka tu,
tak boleh bla!!




Tengah aku borak2 Ayu datang tutup mata,
dan tu dia CHEESE CAKE bhai!!
fevereto aku tuh!!

Terkejut! Nak nangis tapi semuanya tak jadi..
Aku tak tahu nak respons macam mana time tu,.
Muka memang blur habis,
sampai classmates aku cakap..

"Macam tak de perasaan je kau ni"


Lepas habis jamuan, diowang ajak pergi Dataran Segamat,
untuk tangkap gambar kelas,


Yeah! Memang kami bergambar, tapi bila tengok Ayu n Bella asyik lari-lari
macam bincang sesuatu aku dah mula risau.
jangan-jangan diowang nak prank aku lagi!!




Ha!! Kan betul firasat aku, tengok tu apa yang diowang pegang,
kemain posing dengan botol n tepung.

Memang riuh rendah la kan tempat tu,
kitowang lari larau tak nak kena tepung,
tapi kau ingat kau boleh selamat??
NO WAY...



Mamat ni nak control handsome konon kan,
menyorok tepi kereta tak nak kena tepung,
sekali datang si lipas kudung ni,
habis satu paket tepung untuk dia aje..
hahaa padan muka kau! =p







Thats all...
Tengkayu a lot untuk semua member kelas Marketing... kowang memang sengal! havoc!! gila!! LOVE u guys...
Ready untuk prank orang seterusnya plak,.=p










Jom Pekena Asam Pedas Belangkas!! Eh, HALAL ke?




Kenal apa itu belangkas?? Bukan beluncas ea!!
Meh aku kasi tunjuk sikit macam mana rupa belangkas...


*Google
Uhh... menggelikan pun ada..




Minggu lepas aku ke Kota Tinggi Johor untuk siap kan satu tugasan. Ni lah pertama kali aku jejak kaki ke sini. Bila perut dah lapar sorang member aku Afiq yang memang orang Kota Tinggi suggest untuk ktowang lunch makan asam pedas belangkas di Restoran Belangkas Mahkota. Gile ramai orang makan kat sini, mula-mula aku ingatkan ada majlis. =p


*Google
Aku ni yang gayat dengan perkataan "belangkas" mesti lah teringin nak cuba makan, nak jugak tahu macam mana rasa belangkas ni. =p


Urmm... aku terang kan sikit ea macam mana keadaan belangkas ni bila dah masak asam pedas. Time nak makan kita kena kopak cengkerang dia pastu amik isi kat dalam. Isi dia kan nampak macam tempe, serius aku tak tipu. Ada benda bulat-bulat kecik maybe telur dia kot.



Rasa dia..TAK SEDAP!! Macam pelik je rasa dia, aku tak reti macam mana nak cakap. Tapi tak sedap la.



Lepas makan-makan, aku baru aku terfikir boleh ke makan belangkas ea? Bukan ke belangkas ni hidup dua alam macam katak?? Aku Google untuk mendapatkan jawapan dan ini hasilnya.....


Hukum Memakan Isi/Daging Belangkas Dan Telurnya.

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
  2. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan

SUMBER



Ada yang cakap tak elok makan belangkas sebab dia ada mengeluarkan sejenis racun merbahaya sewaktu mengawan. Kalau tukang masak siang tak betol boleh membawa maut pada siapa yang makan nanti. Tapi bagi aku better kowang tak payah makan la...tak sodap!! Serius...=p