Azam Semester Baru ( phuii! beriya je )


Hello peeps !! =)

Belum terlambat lagi kan aku nak wish selamat pulang ke kampus untuk mulakan sem baru. Aku yakin ramai lagi yang belum start kelas kan. Biasanya minggu pertama mesti akan ada sesi ice breaking dulu dengan lect. Masa ni lah nak usha-usha lect ni ok ke tak,  boleh ponteng kelas dia ke tak. Kalau tak ok jangan kau coba-coba nak buat hal dalam kelas dia. he3

Entri kali ni saja aku nak share dengan kowang azam aku sempena semester baru. *phuii..beriya je aku! =p




1. Jangan Ponteng Kelas
Ini memang tabiat aku sejak dulu, suka sangat ponteng kelas. Tambah plak kalau kelas subjek membaca memang aku malas tahap gaban nak masuk. Sem baru ni tak nak dah ponteng, nak kasi full attendance, tak mau lobang-lobang lagi. =p


2. Jangan Masuk Kelas Lambat
Dulu kalau kelas start kol8, 8.30 baru tergedik-gedik sampai kelas. So far belum pernah kena berdiri atas kerusi lagi la sebab lambat masuk kelas. Tapi sem ni serius aku nak pergi kelas on time sebab ramai plak lect nak tolak carry mark kalau lambat. Mau dapat telur ayam aku akhir sem ni kalau perangai terus macam ni.he3 =p


3. Jangan Tidur Dalam Kelas
Ni dah jadi tabiat aku, tengah duduk pun boleh tidur siap berdengkur air liur meleleh-leleh lagi ai tell you.ha3 Mata kononya penuh khusyuk mengadap buku, padahal otak dah sampai mana ntah. So sem baru ni bawak gula-gula banyak untuk tahan mengantok. =p


4. Siap kan Esaimen Awal
Biasalah students memang suka buat kerja last minit kan, padahal dapat esaimen tu kemain awal. Harap-harap sem ni berubah la sikit, tak mau dah asyik tangguh kerja je.=p





Doakan budak pemalas ni dapat berubah untuk semester baru.
(^^")


p/s: Aku terlalu busy 1st week ni, tak sempat nak update blog,
idea nak update pon kurang.
(T__T)





Terpaksa Tinggal Di "Villa Berhantu" Sementara



Hai kowang!!

Yeah ramai dah kembali ke kampus menjadi mahasiswi dan mahasiswa. Welcome Back ! =)


OK back to the topic, actually aku memang tak dapat kolej, dan aku juga tak menyewa rumah kat luar, so pihak UiTM Segamat bagi aku menumpang selama sebulan di "villa berhantu" (*kononnya) yang terletak dalam kawasan UiTM ni je la. Sebulan je babe aku boleh duduk sini pastu kena bla mencari tempat berteduh lain dan macam merempat hidup aku skunk ni. (=.=')


Ni cerita pasal "villa berhantu", bukan aku yang cakap tapi mana-mana student kat UiTM ni pun suka sangat cakap villa ni berhantu dengan pelbagai cerita misteri yang entah-entah diowang reka sendiri sebab nak menakut-nakutkan. Maybe sebab keadaan rumah ni pun yang macam agak scary sikit, aku mula-mula masuk pun seram juga tengok, tapi dah terpaksa dari kene tidur kat jambatan baik aku tidur kat villa ni. =p






Villa Lekir ni untuk students yang dapat penempatan tetap,





Villa Lekir, ce tengok betul-betul kat pintu masuk villa ni...
nampak tak ada perempuan berdiri??

Ha itu bukan jelmaan itu member aku, dia boleh pose plak kat situ,.
hahahahaha




This is my villa !!
Villa Kasturi

Tengok sign board je pun dah scary
(=.=')




 Ini suasana villa aku dari depan,
nampak macam dah lama tak ada orang duduk kan.


Ni pokok besar yang terletak antara villa lekir dan villa kasturi.
Ada makhluk yang suka menakut-nakutkan ktowang dengan pokok ni..
eehh pokok je pon!!!


Alhamdulillah, malam pertama berjalan dengan lancar tak ada sebarang kejadian tak diingini berlaku. Aku ni memang penakut, banyak kali jugak lah terjaga hanya kerana bunyi room8 aku bergerak atas katil, bunyi pintu, bunyi binatang kat luar ni. =p


Tok, cucu tumpang tidur sini ye..... hahaha =p



Thanx UiTM bagi aku tumpang kat sini. =)