INTERN LIFE



Sedar tak sedar rupanya dah dekat 4bulan dah aku intern dan survive kat KL. *tepuk tangan untuk diri sendiri* Bulan depan lecturer akan datang pantau aku kat tempat intern, belum sempat lagi aku nak “rasuah” supervisor suruh cakap baik-baik je.haha *tak elok tau..


Mula-mula dulu serious aku bosan kat office, sebab tak ada kerja. Tapi sekarang kerja banyak, dan masa pun terasa berlalu cepat sangat. Baru masuk kerja tiba-tiba dah rehat, baru je rehat tiba-tiba dah balik. Haa memang seronok gini. Staffs yang biasa berborak dengan aku pun perasan, sejak sejak busy ni kemain senyap aku, kalau tak kerja mengacau orang je ekekeke *diowang patut bersyukur aku busy sebab aku tak kacau kerja diowang :P


Bila tengok calendar lagi 43 hari je lagi nak habis intern. Tak sabar ada, sedih pun ada.. *eceehhh



 Sementara masih ada masa ni nak kumpul ilmu n pengalaman sebanyak mungkin. Satu je peluang yang aku harap sangat dapat untuk intern ni, peluang untuk ikut orang sales jumpa clients, sebab nak tengok cara diowang deal n communicate. Hopefully dapat la peluang ni sebelum tamat intern.

 




Sekarang tengah busy siapkan full report untuk thesis, pada masa sama dah mula usha-usha tempat kerja lepas intern nanti. Btw ramai jugak yang tak tahu dan terkejut bila aku cakap ni last semester aku sebagai pelajar Degree. Sebenarnya UiTM punya style memang macam gini, internship dijalankan semasa semester akhir sekali dengan thesis. Certain university intern dan thesis dijalankan dalam dua semester yang berbeza. Ini bermakna lepas intern ni aku dah habis degree laaaaaa.. insyaAllah..

Sesiapa yang tahu or ada kerja kosong nak offer rodger2 la saya :)


p/s: Rindu classmates kat UiTM Segamat,
yang sentiasa ceria walaupun stress,
yang sentiasa ada susah senang,
yang sentiasa gila walaupun serius.



 


6 comments:

Anum said...

all the best

Anonymous said...

Smile.. :)

AQuezyeZye said...

lepak sini kejap :) UiTM sentiasa dihatiku!

MISSNICK said...

Good luck....selamat menyiapkan thesis dan semoga internship berjalan dengan lancar :)

Kisah Tatie said...

good luck and all the best in ur life. im ur new follower. hope u can follow me back and we can be friend :)

J.Syazwana said...

respek sesape yang terlibat dengan sale. saya surrender. hohho