Hye! Kali ni entri berkaitan dengan #FOODREVIEW lagi J
Bagi yang tinggal di sekitar Senawang mesti perasan ada kedai burger baru buka di Taman Guru Melayu, Senawang. Eh tak ada la baru sangat dah berbulan-bulan jugak rasanya, tapi selama ni aku LALU aje sambil jelling manja, tak pernah singgah pun.
Hari tu dah dapat elaun intern terus ajak ucu pergi makan sini. Siap pesan sebelum pergi jangan makan benda lain, nanti makanan tak habis pulak.
Kedai Burgerbyte ni berkonsepkan café yang santai, terletak di kawasan perumahan medium class people. Ada ruang makan di dalam dan juga diluar. Pekerja dia setakat yang aku perhatikan hari tu semua lelaki Melayu Islam dan MUDA. hehehe
*visit FB mereka untuk lihat gambar kedai, atau Google :)
Apa yang menarik kat kedai ni?
Kedai ni mengamalkan konsep self-service. Jadi jangan tunggu waiter datang amik order kat meja korang ye, sampai malam pun tak sampai. Terus ke kaunter untuk buat order dan bayaran. Yang aku suka kat kaunter tu bila orang tu nampak aku macam blur tak tahu nak order apa, dia terus suggest macam-macam mengikut ‘fav menu’ yang customer selalu pilih. Best kan? So tak payah risau takot tersalah pilih, Tanya nya orang kat kaunter tu dia akan explain dengan penuh berbudi bahasa. J
Tak silap aku yang dia kata top menu kat sini Bacaon With Cheese & Nachos with Chili Meat. Setiap menu boleh tambah RM2.50 untuk dapatkan air dan kentang goreng. Selain dari burger kat sini juga ada spaghetti!
Ini adalah menu aku n Ucu hari tu...................
Chicken Nachos with Chili !!
Wallahhhhh!
Beef Carbonara !!
Ucu punya.......
Ice lemon tea terlebih sampai 3 gelas sebab orang tu salah dengar,
2 dengan 3 kan jauh beza..hahahah
Total RM32.50
Pada aku mahal, tapi berbaloi la bagi penggemar buger! :)
2 comments:
Nak burger bole..
hehehehehe :)
sedapnya
Post a Comment