Assalamualaikum,
Mencapai umur 22 tahun, eh 21 tahun, bulan depan baru genap 22 tahun hahahaha.
Mencapai umur 22 tahun ni, dan tak lama lagi akan menamatkan pelajaran InsyaAllah, setiap hari buat aku fikir apa aku nak jadi, apa aku nak buat, macam mana nak bahagiakan family aku, hutang PTPTN, kerja mana lepas graduate, nak beli kereta bila, nak beli rumah bila dan yang paling aku suka:
Suasana kerja kat office tempat aku intern sangat sibuk, sampai aku rasa kalau aku pengsan kat situ pun tak ada yang perasan sebab busy buat kerja hahaha. So far tak ada lagi kerja-kerja berat yang supervisor bagi, Alhamdulillah, dia cuma bagi beberapa documents, catalogs untuk aku faham secara general. And Yeah! Last two weeks, aku diberi peluang untuk ikut sama dengan staff dari construction department untuk pergi site tengok elevator specification kat sana. Pengalaman yg BEST sangat.
Cuma pagi tadi je, aku dipanggil ke boardroom oleh Managing Director, dia orang French. Memang gelabah, terkejut dah nak pengsan time tu fikir apasal la dia panggil aku. Mula-mula supervisor aku ingat dia panggil assistant dia, then dia cakap bukan, dia nak budak yang tanya soalan time meeting hari tu. (Padah bertanya soalan, hamik kau Aini!). Rupanya dia nak bagi task untuk aku carik sikit maklumat dalam masa 3 jam.
Habis satu office aku buat kecoh, tanya macam mana nak carik infromation tu. Call beberapa associations, Jabatan Statistik pun aku call tanya hahaha. Urmm aku tak dapat carik maklumat yang dia minta tapi dapat bagi maklumat lain. Dia cakap maklumat tu interesting jugak, fuhhh lega sangat, punya berdebar takut dia marah. hehehe Sampai aku tak nak pergi lunch nak siapkan task tu, tapi supervisor paksa suruh makan jugak, dia pun risaukan aku. hahaha
Bila waktu free, biasanya aku sambung siapkan thesis yang proposal nya nak kena hantar 7hb September ni. Tapi faham faham je la kan, bila masa masih banyak progress dia slowwww sangat, nak jejak 1 page tu berhari-hari, cuba kalau esok hantar, terus semua jadi laju pastu mengadu stress melampau.
secondary data dari supervisor untuk buat thesis, tapi banyak terms yang aku tak faham
T_T
Kadang-kadang timbunan kertas yang kononnya nampak busy ni nak buat cover yang sebenarnya diri tak ada kerja pun..
hehehe
Log book yang kena isi weekly dan di sign oleh supervisor,
hari tu supervisor siap gelakkan aku sebab aku tulis macam budak sekolah hehehe
tak kisah la, asalkan dia baca dan sign..hehehe
Schedule untuk internship dari HR Department..
Errkkk.. notes tu dari salah sorang staff kat sini,
"Aini Ngon-Ngek"
hahahah
To-do-list, baru semalam dapat information untuk semua ni dari supervisor..
Motiff tempel gambar ni kat sini??
Toner bukan lotion, kadang balik surau terus turun cepat2 sebab takut ada orang panggil,
so tak sempat pakai apa-apa, sampai kat desk baru pakai toner and bedak laju2..
Lips balm bagi mengatasi bibir kering dalam office yang ber aircond..
Sebelum balik kerja, aku akan pastikan 4 benda wajib ada dalam beg:
- Handphone
- charger/ power bank
- purse
- TOUCH n GO
Balik kerja biasanya contact classmates yang intern dekat dekat sini jugak, tanya "apa plan malam ni". Kalau tak ada terus balik rumah, kalau ada melencong la kejap hehehe.
Yanie salah sorang classmate yang dekat dengan rumah, dia intern kat PNB,
lagi sorang Nazera, intern di Petronas KLCC..
Bila jumpa mesti bincang dapat elaun nanti nak beli itu ini itu ini,
macam elaun RM2000 sebulan, hahahaha
"Ambil lah semua peluang yang datang, sebab ada peluang yang datang cuma sekali, tak apa kalau tak berhasil, sekurang-kurangnya kita berusaha"
4 comments:
bestnya
all the best
Thank You Zakiah :)
Menarik juga Aini punya pengalaman buat internship...jemput baca pengalaman internship di blog saya juga ;)
salam aini :) akak blh sy minta email aini. sy nk tanya sikit berkenaan dgn internship. Ni email sy dokyung208@gmail.com
Post a Comment