Nasi Goreng Daging Salai Berlevel



Assalamualaikumm :)

Ok seriously, entri kali ni bukan pasal kisah diri sendiri cuma nak share satu tempat makan besstttt! Only at Segamat, Johor!


Siapa suka makan pedas?

dan

Tahap mana anda mampu tahan pedas?



So ini khas la untuk mereka yang memang suka! gila! fanatik! obses! lagi apa lagi dengan makanan pedas.. sebab tahap pedas anda boleh diuji.....

Kedai ni kedai makan biasa je, gerai la kot lebih sesuai, dengn pekerja cuma 3orang : tukang amik order, tukang masak dan tukar buat air.. Kedai ni terletak kat tepi Pasar Besar Segamat @ Jejantas Segamat..

Apa yang menarik?

Makanan utama kat kedai ni ialah Nasi Goreng Daging Salai Berlevel. Level tu lah sebenarnya level kepedasan yang boleh anda pilih sama dari dari level 0 hingga 6.. Level 0.5 pun ada.. *aku tak tipu..


Sumpah nasi goreng daging salai dia.. awesome gila!! Aku akan datang makan sini sekurang-kurang sekali la untuk seminggu.. Nampak tak aku macam dah addicted makan sini.. sometimes wondering jugak, ohh pakcik ni letak apa dalam makanan sampai aku asyik nak makan sini je... hahahaa *positive Aini positive!


Member yang dah kenal aku tahu la tahap kesukanan aku kat makan pedas ni tahap dewa.. makan maggie nak cili, makan nasi nak cili, masak lemak cili api harus letak cili lebih.. *saya orang negeri, so faham la kan?? hahaha

Ok untuk berkongsi, first time aku datang kedai ni, aku terus amik level 3 tanpa berfikir panjang dan dengan angkuhnya membuat order. Sampai je nasi atas meja.. Ohhh maiii! Merahhh gilaaa.. Dia memang guna lada merah hidup tu tau bukan cili kering.. bau dia pulak superb.. jejoget terus cacing dalam perut..



nampak tak beza warna antara nasi goreng level 0 dengan level 2..
Kalau level 3 4 5 6.. bayang la sendiri..


Aku punya meronta pedas time tu tak fikir pakwe pakwe kat sekeliling la, aku korek korek ais dalam cawan pakai tangan je.. hahaha sungguh kurang sopan, tapi nasi dia memang sedap sebab tu aku boleh habis sampai licin walaupun pedas giloosss...


Ni lagi best, kali kedua aku pergi,. aku turun martabat.. amik level dua je.. tahu apa jadi?? Malam tu kol 12 lebih aku kena pergi hospital sebab sakit perut teramat dan disahkan gastrik.. sob sob sob rosak habis reputasi kesihatan aku..

So semenjak dari tu aku cuma mampu amik level 1 je.. kebanyakkan kawan aku pun amik level 0.5 je, yang amik level satu semua muka tiba tiba merah dan basah dek peluh dan air kosong bergelas gelas diorder.. hahahaha


Aku rasa rugi la siapa yang duduk Segamat tak tahu kedai ni, dari luar nampak macam kedai or warung biasa je, tapi nasi diaaa memang daebak.. bukan setakat yang suka pedas, kawan aku yang tak suka pedas pun still suka datang ni order yang level 0..

Maaf la cuma tu je gambar yang aku ada untuk cerita, sebab time nasi sampai je terus lupa segala benda hahaha









6 comments:

Mysara Ab Rahman said...

kte blajar uitm sana gk..
tp lum pernah rasa g kt ctu..
org ckap mmg sedap..
tp segamat mmg byk tmpt makan best la smpi duk sana berat naik..hee

Anonymous said...

Sepanjang belajar kat uitm segamat
Tiap tiap malam nak gi makan nasi tu. Memang sedap

Anonymous said...

kedai ni bukak pukul berapa ek? kenapa macam tak pernah nampak dah setahun dudk segamat..mohon pencerahan

Aini Azman said...

maaf lambat reply,. kedai ni bukak lepas maghrib.. siang tutup, kedudukan dia tersembunyi sikit so memang susah nak nampak, tapi kedai ni memang selalu ramai orang..

Anonymous said...

ape name kedai ni

Aini Azman said...

urmm kedai ni tak ada nama or any sign board actually.. tapi mmg orang panggil "kedai nasi goreng level" je..