Salam Ramadhan semua... =)
Lama sungguh tak update blog, entah kenapa semangat
berblogging aku selalu terhenti ditengah jalan. Banyak sangat dah entri ada kt
draft tu tapi semua entri separuh siap je hehehe
Ni aku ada cite best punya. Pengalaman aku jadi bidan
terjun!!
Yeah bidan yang kerja dia sambut baby baru lahir tu. Tapi
aku lain sikit, aku bidan untuk kucing yang nak bersalin, oh i mean beranak. =)
Pada satu petang yang indah lagi permai 4hb, aku tengah
syiok tengok TV, Mummy (kucing yang mengandung) asyik bising je, dia ni
merupakan seorang seekor yang tak banyak bunyi, kecuali time nak makan je baru dia
bunyi meow. But petang tu aku dah kasi makan, aku dah belai, dia bising jugak.
Tak terfikir pun dia dah nak bersalin. =.='
Nampak seperti cacing kepanasan, Mummy kehulur kehilir tawaf
satu rumah, semua pelosok dari ruang tamu sampai lah dapur dia usha. Waktu tu
baru lah aku sedar dia ni mesti dah nak bersalin sebab tu carik port. Aku prepared kan dia kotak,
dalam tu dah siap alas semua, tapi dia tak nak, dia lompat keluar. DEMAND!
Kemudian, aku ikot je mana dia pergi, akhirnya dia masuk
kebilik aku, masuk kat bawah rak TV! Time tu fuhhhh! lega sebab dia tak masok
dalam almari or else dia akan bersalin atas kain baju aku. TIDAK!
Dengan berbekal kan handphone torchlight aku yang canggih
tu, aku suluh lah kearah Mummy untuk melihat keadaan beliau, bidan la kata
kan.HEHE Time tu nak terbeliak biji mata aku, aku belum cakap “Push mummy,
push. Come on” dia dah terberanak sekor! Habis karpet berlendir.
Dengan kelajuan sepantas cahaya aku carik surat khabar,
angkat Mummy yang waktu tu berlendir segala, then alaskan badan dia. Sambil
bersila dan tertunduk-tunduk aku monitor prosess Mummy bersalin.HAHA
Akhirnya Mummy berjaya melahirkan 4 ekor anak yang mengambil
masa setengah jam untuk keluarkan semuanya. Mummy beranak secara normal, tak
ada operate HAHA
*okeyh tak lawak =.='
Perkara yang buatkan aku teruja ialah bukan sahaja baby
manusia ada tali pusat dan uri tau, baby kucing pun ada. HAHA Aku baru tahu. =P
Setiap sekor ada tali pusat dan uri. Bila proses bersalin
dah selesai, ibu kucing akan putuskan tali pusat dan makan uri tu balik. Proses
ni membuatkan aku nak muntah!
Waktu bersalin aku cuma ada handphone torchlight tu aje, so tak dapat nak tangkap gambar..
Ni pic semalam.. =)
Bersusun 4 ekor tidur selepas menyusu..hehe
Sayang gile Mummy kat anak dia, peluk-peluk lagi tidur...
DAN pic ni bukan aku amik letak anak dia dalam kedudukan mcm tu tau,
aku tengok memang dah macam ni, so apa lagi let's snap some pics!!
hehehe
Masih belum memikirkan nama untuk ke empat-empat budak kecik ni. Kawan aku suggested bagi nama
-Hang Tuah
- Hang Jebat
-Hang Lekir
-Hang Kasturi
Okeyh dak??
5 comments:
nak satu
wahhhh! pengalaman berharga tuuu..sy seumur hidup ni tak pnh lg tgok kucing beranak..huhuu..bgun2 je nmpk dah beranak pnh la..
tahniah untuk ibu kucing..hehe
nama tu cun..kalo suma jantan la..heehe
wahh,..cutenyaa =)
wah3..
posing macam ibu penyayang sangat2 dah tu, hehehe~
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin. - ahsfantasy24.com
hehew..macam2..omeynyer..manja sangat anak anak kucing tu..
Post a Comment