DONE | BBA (Hons.) Marketing



Alhamdulillah, Alhamdulillah…


Sebelum tu bukan niat aku nak update entri ni untuk menunjuk atau berlagak sekali pun. Kejayaan aku pun sangat la sikit berbanding dgn orang lain yang lebih hebat kejayaannya. Aku cuma nak coretkan dalam blog sendiri buat tatapan diri satu hari nanti.


14 Februari 2014, tarikh keputusan peperiksaan untuk student Degree UiTM keluar. Macam biasa, sem bila je yang aku tak nervous, setiap sem mesti berpeluh punya tunggu email. Email bukan nya masuk tepat jam 12am pulak tu, so tunggu punya tunggu, tak masuk masuk. Tiba-tiba kawan share salah satu cara senang nak tengok result dengan masuk satu website ni. Penuh menggigil aku pergi masukkan no ID dan IC.


*klik*


Terpana kat situ, terpana Ya Allah, Ya Rabbi.. dalam kepala tak fikir lain dah, terus fikir Atok Ucu this is for you! Thankyou for everything.

My GPA for current semester 4.00 dan CGPA 3.56 selain Dean List untuk kali ketiga aku juga telah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, walaupun bukan ANC tapi syukur Ya Allah.




Kan dah cakap, kejayaan aku sikit je compare dengan kawan kawan aku jauh lebih hebat, mereka dapat ANC, Dean List every semesters. Tapi kenapa aku sangat terharu dan sebak dgn kejayaan diri sendiri yang tak seberapa ni?

Sejujurnya, waktu semester satu dulu result final exam aku sangat lah TERUK. CGPA aku waktu tu cuma 2.80 weh. Aku rasa pointer aku lah paling rendah among my friends. Gila tak down time tu, aku rasa sangat lah kerdil time tu dan rasa menyesal sebab amik fast track Diploma-Degree. Tapi sampai bila nak biarkan perasaan tu berlubuk dalam hati kan? Jadi aku teruskan usaha, aku gandakan usaha, aku lipat gandakan usaha untuk tebus balik kesalahan aku waktu semester 1. Alhamdulillah, aku berjaya stabilkan pointer balik pada level 3.00.

Lepas tu waktu semester 4, aku diuji sekali lagi. Kawan-kawan yang dekat tahu lah apa ujian yang aku kena lalui waktu tu. Tapi aku tak nak mention kat sini, cukup readers tahu berat sangat ujian untuk aku lalui pada waktu final exam time tu. Aku tak rasa aku letak effort yang tinggi untuk setiap papers yang aku amik. Malah aku study time tu pun atas desakan kawan-kawan aku, housemate, roommates. GILA kan time final exam buat gitu. Hahahaha


Waktu result semester 4 ni keluar, aku tak check pun malam tu. Aku tidur awal sebab nak elak dari jawab DM, PM, messages dari kawan-kawan. Esok pagi jam 10 am lebih kurang, baru lah aku bukak email. Serius, waktu tu aku dah tak hairan aku dapat berapa, repeat paper sekali pun, sebab aku sedar effort aku sikit. Tapi ALLAH telah beri satu miracle, aku DEKAN, aku DEKAN, aku DEKAN. Sumpah unexpected gilaaaa! Memang aku anggap itu KEAJAIBAN. Allah dah tolong, jadi aku berterima kasih dengan cara, lipat gandakan lagi usaha, orang kata alang-alang “menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan”, so aku set new target untuk dapat CGPA 3.5 ke atas supaya dapat convertkan PTPTN kepada biasiswa. Alhamdulillah, tercapai.

Sekali Allah dah tolong kita, jangan lah sia-siakan. Maksud aku, sekali Allah berikan aku keajaiban ni, tak bermakna Allah akan berikan lagi pada masa akan datang. Letak lah effort yang lebih lagi untuk seterusnya.

Aku pernah berada dibawah, aku juga pernah berada diatas, sumpah perasaan berada dia dua tempat ni berbeza. Aku juga bersyukur diberi peluang berada dibawah, jadi aku merasa perasaan 'malu', 'rendah diri', perasaan betapa susahnya nak bangkit. Jadi bila berada diatas, kita akan ingat zaman kejatuhan kita dulu. 


Aku tak sabar nak konvo, sebab ni lah pertama aku akan konvo, insyaAllah. Mungkin ada yang pandang ‘alaa konvo je kot’, ye pada awak memang ‘konvo je’ tapi pada aku, pada atok, pada ucu ini adalah sesuatu yang rare dalam family yang hidup susah selama ni. Aku cuma cucu seorang pengawal keselamatan.


Perancangan yang seterusnya ialah MASTER, insyaAllah.. dimana?
Allah Maha Mengetahui :)



p/s: Post kali ni nampak a bit Islamic sikit, tapi 
aku bukan alim mana pun. Cuma nak berkongsi yang
kejayaan tu adalah usaha, keajaiban itu ialah melalui doa
yang tak putus dan keyakinan bahawa
Allah itu Maha Pemurah







3 comments:

msredcheesecake said...

congrats.... akk pon bba mktg...

Nurzakiah Hanum said...

all the best

cik amal said...

tahniah!! bila amal baca rasa mcm xcited sbb amal pun pernah alami... terharu kut lepas kita dapat result yg xdisangka-sangka.

btw, ptptn tu bukan kena 3.75 dan ke atas baru convert biasiswa ke ? sekarang dah lain ehh ?

moga blog ni dimurahkan rezekii.. aamiiin