Nikmatnya Mee Ketam | Keramat


Mee Kari Ketam


Malam semalam aku dengan officemate ke Keramat, dia cakap nak bawak makan tempat sedap, MEE KETAM katanya. Aku kalau bab jelajah Cari Makan ni memang suka. So I follow……


Mee Ketam ni dah cukup popular rasanya bagi penggemar seafood dan yang duduk di sekirang Keramat. The best part is, Mee Kari Ketam ni pernah masuk JJCM dan beberapa media social lain yang membuktikan rasa mee kari dia bukan calang-calang! J


Masa datang tu aku tak tahu pun Mee Ketam ni famous. Waktu order Mee Kari ketam tu, my first expectation “Eleh ni mesti letak sosej ketam tu”. So aku wat lek wat cool je la, sambil main main handphone.

Sekali sampai mee kari depan mata, ha amik kau!


Tercengang kejap aku tengok, ni ketam patung ke ketam betul ni. Hahahahaha

Terus capai sudu garpu n slurpppp!


Biasa kalau kat rumah atok yang tolong keluarkan isi ketam, kali ni berdikari sungguh aku keluarkan sendiri. Habis bersepah meja. :P




Tengah makan, tiba tiba bibir jadi tebal semacam je. Hah! Lupa aku allergic seafood! Lepas tu merebak ke muka, leher, bahu.. tapi ianya tidak menghalang aku untuk habiskan mee dan ketam tersebut. Kikiki

Balik rumah, tidur dengan bedak talcum. Tabur satu badan nak kurangkan gatal gatal. Dah macam monyet dah tidur tergaru garu. hahahaha








Sebenarnya aku terfikir nak order Mee Kari Udang galah memandangkan lebih senang untuk makan, tapi takot sekor cecah RM20 lebih plak, kesian officemate aku nak membayor nyee hehe


Sure sure sure!! Lepas ni nak datang sini lagi, nak order udang galah pulak J



1 comment:

Azham Vsvc said...

sedapnya aini...nak sikit haha!