Adab Ziarah Orang Sakit | Atok



Sejak atok accident, atok memang duduk rumah je sekarang, kesian pun ada sebab terperap tak kemana-mana tapi nak buat macam mana kaki dah bersimen. Cuma sekali je hari tu bawak atok ke IPD Seremban 2 untuk buat laporan. Itu pun kemain payah nak setting atok masuk dalam kereta hahahaha

Honestly, menjaga orang tua yang sakit mesti kena banyak kesabaran dan dalam hal ni aku memang tabik spring lantun lantun kat Ucu sebab dari arwah nenek dulu sampai atok Ucu jaga sangat bagus 1st class punya layanan. Urrmm.. aku ni jenis garang sikit tak macam Ucu aku yang berlembut kalau cakap dengan atok.

Contoh kalau time atok banyak berjalan tak padan dengan kaki bersimen:

Ucu “Ayah jangan banyak berjalan, nanti susah nak elok”
Tapi atok aku buat je jugak hahaha

Aku “Atok ni banyak bergerak, kalau tak elok kaki tu tahun depan ain pergi Mekah sorang-sorang la, atok tinggal”
Ada berbaur ugutan sikit.. gituuu

Lain orang lain cara, tapi niat kami sama, nak atok cepat sembuh. Hopefully atok tak kecik hati la bila aku ugut-ugut macam tu. Elehhh, atok tu kalau boleh tiap-tiap hari call aku kat office, pagi Jumaat je dah call tanya balik kol berapa..kikikiki

Sejak atok sakit jugak, Alhamdulillah ramai yang datang menziarah, menziarah orang sakit dapat pahala tau, untung diowang.

Tapi yang aku tak berkenan tu adab sesetengah orang bila melawat orang sakit. Ok please ini tak bermakna aku tak berterima kasih pada yang menjenguk, just pandangan aku yang aku rasa semua orang patut amik tahu. Come on la ini common sense kot.

 

Sabda Nabi s.a.w;
Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.


Salah satu adab menziarah orang sakit yang disebut ialah:
Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
 

Nabi Muhammad s.a.w pun dikatakan ketika menziarah orang sakit beliau selalu memberikan motivasi melalui sentuhan dan pertanyaan, ucapan cepat sembuh dan ucapan sakit penebus dosa.
Ini mampu memulihkan semangat pesakit untuk bersabar dan melawan sakit.
Sob sob sob… tetiba aku rasa alim sebab sertakan ilmu2 macam ni kat blog. Tapi sebab dah kena kat atok sendiri kan so tempiasnya aku terasa.


Dalam gambar nampak gemok sikit, tapi sebenarnya atok susut
dah badan dia.. jeles aku...
 

Ada tetamu yang datang dengan ucapan:

                       “Orang tua ni kalau dah patah patah tulang memang susah nak elok”
                               “Ayah saya dulu macam ni lah patah, dah meninggal dah”
 
Waktu arwah nenek aku sakit sebab kanser ada tetamu yang cakap:
                             “Kanser ni memang tak ada ubatnya, memang tak boleh sembuh”


Boleh bayangkan tak perasaan pesakit bila dengar kata-kata macam ni? Mesti lemah semangat diowang kan.. alaa kalau kena kat kita sendiri pun rasa down kan..

Mereka yang cakap ni pun bukan umur lingkungan aku tapi lebih atas dari aku. Kesalkan?

Tapi tak apa la, tahu bukan niat diowang nak mematahkan semangat pesakit. Hopefully sesiapa yang baca entri ni dan AKU SENDIRI tak cakap macam ni bila melawat orang sakit nanti.



2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bagus entry mcm nie

MissNick said...

semoga atok awak cepat sembuh ye :)