Tempered Glass Screen Protector | Penyelamat
Ceritanya bermula macam ni.
Aku tengah charge hp diplug kat dinding, bawah tu ada kipas meja yang berpusing pada kelajuan 3,aku pulak akaiii pendek jugaaa, main whatsapp dengan buah hati tak perasan wayar charger hp aku termasuk dalam kipas.
Uh! Berpusing2 hp aku kat udara sebelum terhempas atas lantai.
Nampak kan retak screen hp aku? Walaupun retak gini, aku rilex lagi, chillex lagi, orang lain yang menggelabah sebab perasaan "terkilan" diowang kata..
Aku rilex sebab aku dah pasang..............
TADAAA!
Aku dah pasang tempered glass screen protector untuk my Sony Xperia T2 Ultra :)
Alhamdulillah, bersyukur gila sebelum tu dah tergerak hati nak pasang tempered glass ni, RM20 je. So bila hp jatuh macam kes aku tadi, tempered glass ni sebenarnya yang pecah, screen asal hp tak pecah.. phew selamat.
Lebih baik aku invest RM20 untuk selamatkan screen hp aku kekalau terjatuh, daripada belanja RM200 betulkan screen hp yang dah pecah :)
So korang, protect ur smart phone with tempered glass screen protector, especially yang jenis cuai dan lasak macam aku. ;)
My MAGANDA WARDROBE
Assalamualaikum…
Holla readers!
Holla readers!
Demi beberapa hajat yang ingin aku capai.
Demi minat yang semakin mendalam dalam industri ini.
Demi menghargai idea ‘diri sendiri’ yang selama ni hanya datang dan berlalu pergi begitu sahaja.. tsk tsk
Slowly sekarang aku sedang membina perniagaan sendiri secara ONLINE yang telah pun bermula. ALHAMDULILLAH
Ye aku tahu perniagaan secara online sekarang ibarat “cendawan
yang tumbuh selepas hujan” (kemain berperibahasa anda). But in order to stand
different in market, my lecturers told me that we need to create COMPETATIVE ADVANTAGE.
And currently we are working to achieve that. :)
TADAAAAA!
MAGANDA WARDROBE
Ini ialah nama perniagaan online aku yang juga hasil usaha
sama bersama dua lagi rakan.
Few friends came (whatsapp, DM, PM) and asked what MAGANDA
means? What are the significant between MAGANDA and ME? Later I tell uolls, kalau semua aku bagitahu sekarang nanti dah tak ada idea untuk next entri. HEHE
PATCH PALAZO by MAGANDA Wardrobe
Syukur Alhamdulillah, Ahad lepas (9/11/2014) aku telah pun berjaya keluarkan satu design Limited Edition Palazo khas untuk Maganda Wardrobe. Alhamdulillah, that feeling you know, precious! Lepas pulun design, borong kain, jumpa tailor, balik rumah kol 1pagi semata nak merealisasikan impian ini. hahaha
Meh saya belanja awak gambar Palazo saya :)
Ini merupakan Patch Palazo, design Palazo pertama dari Maganda Wardrobe. Model amacam? Cantik kan? Ni kawan sendiri juga, tak pernah ada experience pun dlm modeling ni, tapi sebab aku tengok gambar dia kat Instagram semua cecantik, terus offer dia jadi model untuk business sendiri. Nasib baik dia setuju nak tolong, siap cakap tak payah bayar, OMG cannot, cannot, kena bayar juga, dah la hasil gambar2 dia semua cantik, sampai tak tahu nak pilih yang mana hahaha
Tapi tanpa photographer juga, tidak la aku mendapat hasil gambar yang cantik dan menarik macam ni, so KUDOS to Amirul Fais, yang juga willing untuk tolong aku jadi photographer Maganda dgn bayaran yang amat berpatutan. Amirul Fais merupakan Official Photographer disalah sebuah company hijab Malaysia.
Kalau sesiapa yang berkenan model dan photographer ni boleh rodger2 :)
Jom JOM Jom semua follow Instagram Maganda di @Maganda_Wardrobe serta LIKE FB Page Maganda di SINI.. :)
Terima Kasih :)
REBRANDING
Baru 7 bulan makan gaji disalah satu syarikat swasta di Malaysia.
Syarikat dalam industry fashion pulak tu. Wow weird sangat bila aku dalam
industry ni tapi aku suka jobscope yang diberikan so far Alhamdulillah.
Diberi jawatan sebagai Sales Executive di bahagian website
pada mula tak mencabar, tapi along the way, sikit-sikit level of difficulty tu
meningkat, begitu juga stress. Bila stress terus teringat subject “How To Manage
Stress” yang pensyarahnya Puan Che, waktu sem tiga dulu. Bukan sahaja nak kena adapt dengan kerja tapi juga
dengan MANUSIA dari pelbagai peringkat umur, pelbagai cara pemikiran, pelbagai
ragam, pelbagai jenis mulut dan dll. Namun aku bersyukur sangat dapat kerja disini sebab, aku boleh ibaratkan tempat kerja aku sebagai Lombong Timah, yang mana secara luarannya nampak biasa tapi ilmu yang aku belajar sangat bernilai. (deep, find out sendiri la apa significant nya dengan Lombong Timah)
In certain circumstances during working, aku kena recall balik benda-benda yang pernah aku hafal (for exam purpose only), sebab those 'thing' really help my work done.
Tahu tak, bila dah graduated from university, dah pun bekerja, dan ada gaji sendiri, terasa semua benda nak dibeli, tapi jangan lupa seperkara lagi, segala bill yang dibayar mak ayah selama ni, kita tolong kali ni. Ya Allah, berkat nya duit kita bila kita bahagiakan ahli keluarga kita, sedekah yang terbaik juga adalah sedekah pada orang yang terdekatkan. :)
Jangan lupa juga untuk menyimpan, jangan ikot kata setan.
Belanja la berpada-pada jangan diikot dia yang berada.
Kerja keras la hari ni, sementara kudrat masih diberi,
Fikir tiga empat kali, sebelum kita membeli,
Semoga hidup diberkati, tanpa perlu resah hati..
Sekian nukilan saya untuk malam ni,
Lagi satu, beratus-ratus entri lama telah aku delete.
REBRANDING.
In certain circumstances during working, aku kena recall balik benda-benda yang pernah aku hafal (for exam purpose only), sebab those 'thing' really help my work done.
Tahu tak, bila dah graduated from university, dah pun bekerja, dan ada gaji sendiri, terasa semua benda nak dibeli, tapi jangan lupa seperkara lagi, segala bill yang dibayar mak ayah selama ni, kita tolong kali ni. Ya Allah, berkat nya duit kita bila kita bahagiakan ahli keluarga kita, sedekah yang terbaik juga adalah sedekah pada orang yang terdekatkan. :)
Jangan lupa juga untuk menyimpan, jangan ikot kata setan.
Belanja la berpada-pada jangan diikot dia yang berada.
Kerja keras la hari ni, sementara kudrat masih diberi,
Fikir tiga empat kali, sebelum kita membeli,
Semoga hidup diberkati, tanpa perlu resah hati..
Sekian nukilan saya untuk malam ni,
Lagi satu, beratus-ratus entri lama telah aku delete.
REBRANDING.
Semua Cerita Dalam Satu Entry
Fuhh!
Sila lap screen pc/lappy/smartphone anda kerana blog saya ni dah lama tak berusik. hehe
Assalamualaikum kawan-kawan!
Aini is back! Aini is back!
Last post kat blog ni rasanya dekat 7-8 bulan lepas.
Too many things happened within the period.
And I dont want to start my writing here with sad intro. pheww!
BUT
Buat readers blog saya (jika masih ada).
Atok saya (jika masih ingat).
Telah tiada (jika tidak tahu).
Atok telah pergi menemui Ilahi pada 11 April 2014
Jumaat.. bertuah Atok, penghulu hari menjadi pilihan,
Alhamdulillah..
Rindu?
Hanya Allah tahu rindu aku pada Atok.
Rindu yang dalam sangat, yang tak pernah aku alami selama ini.
Cerita?
Ada yang bagi suggestion suruh buat entry ala-ala travelog cerita kisah sepanjang aku dihospital menjaga Atok. But I really really sorry, aku tak ada kekuatan untuk taip dan ingat semula. Nanti aku boleh kena renjatan elektrik sebab menaip keyboard yang banjir dengan air mata. (lawak dalam sedih)
Convocation?
Alhamdulillah, DONE! Berjaya mendapatkan Degree First Class in Marketing. Cuma.. Atok, Allah bagi seat VVVIP untuk Atok tengok aku convo. I don't where was the seat, but I know its there! Atok.. you must be proud with me kan? :)
(taip mcm ni pun aku dah nanges macam mana nak buat travelog)
Kerja?
Alhamdulillah, mungkin berkat menjaga Atok, dan juga berkat doa Atok. Aku anggap ini keajaiban, sebab Atok pergi 'berehat' pada hari Jumaat, hari Selasa minggu depannya terus aku dah dapat kerja dan mula bekerja.
Kahwin?
Ha yang ni belum, dan tak tahu bila, dan tak tahu pun dengan siapa? hehe
InsyaAllah, kalau rajin, panjang umur, aku akan teruskan blogging, dengan entry yang lebih berguna kot untuk diri sendiri, masyarakat dan agama. :P
SONATA Musim Salju
Dah lama sebenarnya aku perhatikan Sonata ni dekat jalan raya..
Sexy nya body dia.. lagi lagi kalau warna putih, mengancam!
Bila nak jadi milik saya??
Tunggu saya kerja kumpul duit ea, awak pasti akan jadi milik saya satu hari nanti, PASTI! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)