INTERN LIFE



Sedar tak sedar rupanya dah dekat 4bulan dah aku intern dan survive kat KL. *tepuk tangan untuk diri sendiri* Bulan depan lecturer akan datang pantau aku kat tempat intern, belum sempat lagi aku nak “rasuah” supervisor suruh cakap baik-baik je.haha *tak elok tau..


Mula-mula dulu serious aku bosan kat office, sebab tak ada kerja. Tapi sekarang kerja banyak, dan masa pun terasa berlalu cepat sangat. Baru masuk kerja tiba-tiba dah rehat, baru je rehat tiba-tiba dah balik. Haa memang seronok gini. Staffs yang biasa berborak dengan aku pun perasan, sejak sejak busy ni kemain senyap aku, kalau tak kerja mengacau orang je ekekeke *diowang patut bersyukur aku busy sebab aku tak kacau kerja diowang :P


Bila tengok calendar lagi 43 hari je lagi nak habis intern. Tak sabar ada, sedih pun ada.. *eceehhh



 Sementara masih ada masa ni nak kumpul ilmu n pengalaman sebanyak mungkin. Satu je peluang yang aku harap sangat dapat untuk intern ni, peluang untuk ikut orang sales jumpa clients, sebab nak tengok cara diowang deal n communicate. Hopefully dapat la peluang ni sebelum tamat intern.

 




Sekarang tengah busy siapkan full report untuk thesis, pada masa sama dah mula usha-usha tempat kerja lepas intern nanti. Btw ramai jugak yang tak tahu dan terkejut bila aku cakap ni last semester aku sebagai pelajar Degree. Sebenarnya UiTM punya style memang macam gini, internship dijalankan semasa semester akhir sekali dengan thesis. Certain university intern dan thesis dijalankan dalam dua semester yang berbeza. Ini bermakna lepas intern ni aku dah habis degree laaaaaa.. insyaAllah..

Sesiapa yang tahu or ada kerja kosong nak offer rodger2 la saya :)


p/s: Rindu classmates kat UiTM Segamat,
yang sentiasa ceria walaupun stress,
yang sentiasa ada susah senang,
yang sentiasa gila walaupun serius.



 


Adab Ziarah Orang Sakit | Atok



Sejak atok accident, atok memang duduk rumah je sekarang, kesian pun ada sebab terperap tak kemana-mana tapi nak buat macam mana kaki dah bersimen. Cuma sekali je hari tu bawak atok ke IPD Seremban 2 untuk buat laporan. Itu pun kemain payah nak setting atok masuk dalam kereta hahahaha

Honestly, menjaga orang tua yang sakit mesti kena banyak kesabaran dan dalam hal ni aku memang tabik spring lantun lantun kat Ucu sebab dari arwah nenek dulu sampai atok Ucu jaga sangat bagus 1st class punya layanan. Urrmm.. aku ni jenis garang sikit tak macam Ucu aku yang berlembut kalau cakap dengan atok.

Contoh kalau time atok banyak berjalan tak padan dengan kaki bersimen:

Ucu “Ayah jangan banyak berjalan, nanti susah nak elok”
Tapi atok aku buat je jugak hahaha

Aku “Atok ni banyak bergerak, kalau tak elok kaki tu tahun depan ain pergi Mekah sorang-sorang la, atok tinggal”
Ada berbaur ugutan sikit.. gituuu

Lain orang lain cara, tapi niat kami sama, nak atok cepat sembuh. Hopefully atok tak kecik hati la bila aku ugut-ugut macam tu. Elehhh, atok tu kalau boleh tiap-tiap hari call aku kat office, pagi Jumaat je dah call tanya balik kol berapa..kikikiki

Sejak atok sakit jugak, Alhamdulillah ramai yang datang menziarah, menziarah orang sakit dapat pahala tau, untung diowang.

Tapi yang aku tak berkenan tu adab sesetengah orang bila melawat orang sakit. Ok please ini tak bermakna aku tak berterima kasih pada yang menjenguk, just pandangan aku yang aku rasa semua orang patut amik tahu. Come on la ini common sense kot.

 

Sabda Nabi s.a.w;
Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.


Salah satu adab menziarah orang sakit yang disebut ialah:
Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
 

Nabi Muhammad s.a.w pun dikatakan ketika menziarah orang sakit beliau selalu memberikan motivasi melalui sentuhan dan pertanyaan, ucapan cepat sembuh dan ucapan sakit penebus dosa.
Ini mampu memulihkan semangat pesakit untuk bersabar dan melawan sakit.
Sob sob sob… tetiba aku rasa alim sebab sertakan ilmu2 macam ni kat blog. Tapi sebab dah kena kat atok sendiri kan so tempiasnya aku terasa.


Dalam gambar nampak gemok sikit, tapi sebenarnya atok susut
dah badan dia.. jeles aku...
 

Ada tetamu yang datang dengan ucapan:

                       “Orang tua ni kalau dah patah patah tulang memang susah nak elok”
                               “Ayah saya dulu macam ni lah patah, dah meninggal dah”
 
Waktu arwah nenek aku sakit sebab kanser ada tetamu yang cakap:
                             “Kanser ni memang tak ada ubatnya, memang tak boleh sembuh”


Boleh bayangkan tak perasaan pesakit bila dengar kata-kata macam ni? Mesti lemah semangat diowang kan.. alaa kalau kena kat kita sendiri pun rasa down kan..

Mereka yang cakap ni pun bukan umur lingkungan aku tapi lebih atas dari aku. Kesalkan?

Tapi tak apa la, tahu bukan niat diowang nak mematahkan semangat pesakit. Hopefully sesiapa yang baca entri ni dan AKU SENDIRI tak cakap macam ni bila melawat orang sakit nanti.



Penyanyi Jalanan Depan Sogo




Assalamualaikum !!

Sejak intern kat KL ni aku rasa aku macam banyak berjalan. Dekat-dekat kol 5 je mesti whatsapp memember keluar paling jauh pun Kg. Baru la pergi makan ke apa. Sebab aku rasa macam lifeless gila kalau balik kerja terus balik rumah. Kat rumah aku tak banyak bercakap dengan housemates, sampai rumah je terus personaliti aku berubah jadi seorang yang pendiam. kikikiki


Biasanya kami ke KL Sentral, Kg. Baru, KLCC, Masjid Jamek, Mid Valley dan Sogo. Ni pun sebab semuanya dekat-dekat, naik LRT je senang :)


Ok bercakap pasal Sogo.
bagi yang dah biasa ke sini mesti familiarkan dengan kumpulan penyanyi
jalanan yang juga dikenali sebagai 'busker' didepan SOGO. Aku dah lama
perasan tapi tak pernah pun nak singgah, sebab nak kejar SALE punya pasal
dalam SOGO tu, *emang dasar perempuan! :P

Pada suatu hari tu (ayat aku pulakkk), aku singgah la tengok diowang
perform depan SOGO tu, and and and and guess what.. aku terpaku tengok performance diowang yang sangat sempoi dan juga terpaku dengan suasana kat situ.





 Ramai sangat orang berkumpul sambil berhibur dengan persembahan diowang. Semua golongan dan semua peringkat ada, orang kaya orang miskin, semua duduk sama-sama tau. Nampak sangat harmoni suasana kat situ.





Kalau perasan kat gambar tu (klik la utk tumbesaran), ramai orang yang berniaga mencari rezeki halal;- jual belon helium kanak-kanak, kereta control, pistol bubbles, dan ada orang amik upah buat lukisan lagi. Suasana tu macam tak dapat aku nak explain, mungkin kena dengan jiwa aku kott tu yang jatuh cinta semacam.





Nampak tak pakcik yang kendong plastik hitam tu, dia jual pistol bubbles, sambil orang menyanyi, orang berhibur, dia duduk main benda ni, so budak-budak memang tertarik dan ramai yang beli sebab parent plak nak tengok orang nyanyi anak tak reti dok diam. hahahaha bijak marketing diowang ni.


Lepas perform beberapa lagu, salah seorang dari ahli kumpulan akan berjalan mengumpul sumbangan. Diowang bukan peminta sedekah kah, dia bekerja dengan menghiburkan orang, jadi terpulanglah bagi sesiapa yang nak memberi sumbangan. Bukan tu je, orang ramai siap boleh request lagu! ;)

Tak silap aku, gang "Genji Busker" pernah masuk rancangan MHI kat TV3, ini bukti bakat diowang bukan sesuatu yang sia-sia tapi turut mendapat 'pengiktirafan'. Video performance diowang pun banyak orang upload kat YouTube, so kalau korang nak tengok search je "Genji Busker". :)





Ini jugak bukti yang aku suka sangat lepak sini, sebab sampai malam kot aku tengok diowang perform. Masuk dalam Sogo untuk solat Maghrib je, pastu sambung balik duduk sini hehehe

Release tension Mak Jemah! :)



Untuk pengetahuan jugak, gang busker ni bertukar-tukar tempat, tak silap aku kalau malam sampai kol10 dia akan perform depan Sogo kemudian pindah ke Bukit Bintang plak, diowang bergilir-gilir perform.






Burgerbytee Senawang | Food Review


Assalamualaikum…

Hye! Kali ni entri berkaitan dengan #FOODREVIEW lagi J

Bagi yang tinggal di sekitar Senawang mesti perasan ada kedai burger baru buka di Taman Guru Melayu, Senawang. Eh tak ada la baru sangat dah berbulan-bulan jugak rasanya, tapi selama ni aku LALU aje sambil jelling manja, tak pernah singgah pun.

Hari tu dah dapat elaun intern terus ajak ucu pergi makan sini. Siap pesan sebelum pergi jangan makan benda lain, nanti makanan tak habis pulak.




Kedai Burgerbyte ni berkonsepkan café yang santai, terletak di kawasan perumahan medium class people. Ada ruang makan di dalam dan juga diluar. Pekerja dia setakat yang aku perhatikan hari tu semua lelaki Melayu Islam dan MUDA. hehehe

*visit FB mereka untuk lihat gambar kedai, atau Google :)

Apa yang menarik kat kedai ni?
 



Kedai ni mengamalkan konsep self-service. Jadi jangan tunggu waiter datang amik order kat meja korang ye, sampai malam pun tak sampai. Terus ke kaunter untuk buat order dan bayaran. Yang aku suka kat kaunter tu bila orang tu nampak aku macam blur tak tahu nak order apa, dia terus suggest macam-macam mengikut ‘fav menu’ yang customer selalu pilih. Best kan? So tak payah risau takot tersalah pilih, Tanya nya orang kat kaunter tu dia akan explain dengan penuh berbudi bahasa. J

Tak silap aku yang dia kata top menu kat sini Bacaon With Cheese & Nachos with Chili Meat. Setiap menu boleh tambah RM2.50 untuk dapatkan air dan kentang goreng. Selain dari burger kat sini juga ada spaghetti!

Ini adalah menu aku n Ucu hari tu...................



Chicken Nachos with Chili !!
Wallahhhhh!



Beef Carbonara !!
Ucu punya.......




Ice lemon tea terlebih sampai 3 gelas sebab orang tu salah dengar,
2 dengan 3 kan jauh beza..hahahah




Total RM32.50

Pada aku mahal, tapi berbaloi la bagi penggemar buger! :)




Cadangan aku kalau nak pergi, kalau anda jenis yang tahap kesabarannya nipis macam kulit bawang! Jangan pergi waktu malam sangat, ramaiiiiii, 30minit baru siap. Berjanggut tunggu. 

Burgerbyte dibuka Isnin - Ahad (Rabu cuti)
5pm - 12am












ATOK KEMALANGAN


Kawan kawan terdekat dan kenalan Facebook mungkin tahu pasal kejadian Atok accident minggu lepas. Terima kasih semua yang mendoakan semoga Allah balas setiap doa kalian dengan kebaikkan.


Ahad 29/9

Hari tu aku ada di rumah sewa KL, tiba-tiba dapat panggilan dari seorang lelaki bagitahu “Ayah awak accident di depan Kilang MCIS Senawang”. Waktu tu aku tak dapat tangkap lagi sebab dia cakap Ayah sampai aku tanya balik “Ayah mana?”

“Ayah yang bawak Vespa ni”

Ya Allah, Atok rupanya yang orang ni maksudkan.

“Itu Atok saya! Macam mana keadaan dia?”

Lelaki tu cuma bagitahu tengah tunggu ambulance, tapi tak bagitahu keadaan atok macam mana. So aku jadi makin risau time tu. Dia mintak no phone family berdekatan sebab aku waktu tu aku kat KL.


Aku try call Ucu tak dapat berjawab, mungkin Ucu dah ke tempat kejadian. Jarak tempat atok accident dengan rumah dekat je dalam 10min macam tu.


Dengan tak mandi, dengan selekehnya. Aku terus capai tudung, siap siap balik Seremban. Time tu tak ada siapa yang aku boleh mintak tolong so terpaksa jugak guna public transport LRT n Komuter. Sepanjang perjalanan aku shaking kot takut apa-apa jadi kat Atok. Then aku cuba sekali lagi call ucu, Ucu cakap atok masih tengah tunggu ambulance, muka atok cedera, atok menggigil. Lega sikit time tu dengar sebab tak ada kecederaan serius dan atok sedar tak pengsan.


Sebenarnya Atok memang tengah sakit, darah dia pekat dan kaki dia membengkak dengan darah tinggi lagi. So bila jadi macam ni memang kami risau sangat. Sampai Seremban terus amik teksi ke Hospital Seremban ke emergency department.

Lepas tu nampak Ucu dan Atok atas katil L




Only Allah knows how I feel during that time. Kata atok cedera kat muka je kenapa dengan leher n kaki atok ni, kenapa siap pakai oksigen semua. Aku jenis tak menangis depan family, aku akan tahan selagi boleh. Bila Ucu suruh pergi bercakap dengan atok time tu pon aku tak nak.


Dua kali atok masuk x-ray, untuk pasti kecederaan. Atok patah kaki kiri n ada sedikit cracks kat leher. Lain lain cedera kat muka. Tak ada kecederaan dalaman. Alhamdulillah.


Time ni atok dah dalam 4-5 jam lepas kejadian, tapi luka masih berdarah.
Nurse pun cuci sikit sikit, tak bersih pun.


Dari sampai hospital sampai esok harinya. Atok kena baring dalam keadaan flat sebab doc cakap mungkin tulang belakang atok effect sekali tapi tak dapat nak sahkan sebab doctor pakar tak ada time tu. Tapi atok degil, dia merayu mintak tolong tegakkan badan dia sebab dia tak selesa, tapi doctor dah warning tak boleh effect dia atok boleh lumpuh. Sedihhh ooo time tu sebab tak dapat tolong atok.



Alhamdulillah, berkat doa kawan2 dan saudara mara jugak, esoknya doctor sahkan tulang belakang atok ok. Kaki atok cuma kena simen je, dan atok dah boleh duduk tegak. Doa kawan2 aku rasa macam masukkan dalam guni, bila jumpa atok aku pass kat atok. Seriously aku rasa macam tu. :/ Sebab tu jugak atok tak ada kecederaan serius. Alhamdulillah

 





Ini part paling sedih sebenarnya. Bila kena suapkan atok makan n minum.
Bersungguh tahan air mata.



Atok discharge lepas 3hari kat hospital. Now officially atok dah tak KERJA, tak perlu lagi sara cucu dia sorang ni. Atok sekarang berkerusi roda, dan berbaring/duduk di ruang tamu yang dah diletakkan katil khas untuk atok. Aku, ucu, p.ngah dan cousin bergilir-gilir jaga atok.


Macam aritu atok nak ke bilik air tau, lepas tu aku n cousin bersungguh menggangkat atok letak atas wheelchair, tolak pergi bilik air n cakap “tak berat la tok, ringan je ni” sambil control nafas. Hahaha nak jaga hati atok punya pasal.


Pape pon kami sekeluarga enjoy jaga atok, tak rasa susah pon. Cuma susah time atok degil, tak padan dengan kaki bersimen sibuk nak bergerak gerak. Hahah selalu kena marah, marah sayang J

Tak dapat aku bayangkan kalau aku kehilangan insan ni. Insan yang sampai ke tua pun masih nak berkerja sebab nak sara aku. Insan yang membesarkan aku dari kecik sampai sekarang.



Ya Allah, panjangkan lah umur atok, kurniakan lah kesihatan yang baik, agar sempat aku berbakti membalas jasa dia selama ni.




Semoga Allah membalas doa kalian semua dengan kebaikkan.