Part 2: B.I.R.T.H.D.A.Y




Tajuk entri bajet macam artis artis gitu, sampai nak ada part 1 part 2 entri untuk birthday semata. HAHA

Sengaja aku buat kasi dua part sebab kalau dah part 1 je entri dah berjela aku merepek kalau gabung acane panjang nya, memang tak ada orang nak baca la jawabnya, tengok pic je la (tu pun kalau ada).. Lagi pun entri kedua ni khas buat mereka mereka yang aku rasakan comel! ='P


eh ni ada sambungan sikit entri BlackBerry Di Hari Lahir Ku.. gambar yang baru je aku dapat dari Afiq yang merancang prank tapi turut sama-sama jadi cekodok dengan aku memandangkan dia lahir pada 17hb September 1984.. huahuahua #gelaksaiton






Beginilah keadaan kami, berbau dan bertepung..
tapi mujur mereka prihatin awal-awal dah sediakan towel dan kain batik,
buat cover badan n elak kotor dalam kereta..
#tengahtergelak =D



Selepas kejadian prank air busuk dan blackberry tipu tu, Alhamdulillah tak ada lagi prank dari member member lain category contoh seperti housemates, roommates, coursemates dan segala mates yang ada.. Memang risau tahap babun kalau-kalau ada prank lain yang menyusul.. hehe

Tapi ada sedikit surprise dari Meera (roommates) dan BFF (Intan n Ayu) bila balik rumah sewa... dalam keadaan tengah berlengas nak mandi, mereka masuk bilik aku sambil nyanyikan lagu birthday dan bawakan cakes feverato aku, cheesecake dan choc indulgance from Secret Recipe.. Terharu sangat time tu, rasa macam nak peluk sorang-sorang, tapi....... malu! Thank you so muchhh...!! 

*ihsan Google





Ni pula dari LJ (Liyani Jamaludin), myclassmates jgk, 
mungkin pada orang lain ni cuma kertas conteng je,
tapi pada aku ni kertas ucapan yang comel and meaningful....!!
TQ Yanie! =')





This cute sparkling sands dari Ijat (Ezzati Jamal),
classmates punya housemate *faham tak? hehehe
Dia ni bukan cute orangnya, tapi bila dia bagi menda ni terus aku rasa..
OMG Cutenya kau Ijatt...ahahah thank you so muchhh for this! ='D



Balik Seremban minggu lepas, Dayah pulak belanja McD, sempena birthday aku katanya.. Alhamdulillah, she's my classmate kat Segamat jugak, tapi kampung kami sama kat Senawang.. Thanx Dayah! =D





Tudung bawal yang superb cantik ni dari Nurul Zahirah,
Kawan yang selama ni borak kat alam maya je, 
akhirnya last week dia ajak jumpa, me so excited,hehehe
lepak-lepak borak borak kat McD semua, time nak balik,
dia sempat bagi hadiah tudung ni... Ya Allah..
Thank You so much Ziraa.. Aini suka tudung ni.. ='D
InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi ye..



AND you! Thank you for the song =')
*love*like*nextweek*meet*



Lastly, terima kasih manyak-manyak pada semua yang wish yang mendoakan, yang meraikan, yang memberikan, tak kiralah melalui FB, Twitter, phone, blog, memo or via hati sekali pun, thank you so much.. Semoga kalian juga dirahmati Allah, diberkati, murah rezeki dan panjang umur... Semoga hubungan kita juga kekal selamanya.. Amin..




Alhamdulillah


TQ TQ TQ for reading...

BlackBerry Di Hari Lahir Ku



Alhamdulillah! 
Yey!
Gua dah besar, gua dah boleh mengundi, gua dah boleh berdikari, gua dah boleh kahwin.. hikhokhikhok 
Lipat baju pun malas ada hati nak kahwin =P

27hb September, diri ni sudah genap mencecah umur 21tahun, syukur.. =)

Lepas ni boleh la guna dialog ni kat Atok: 


"Come on la Tok, Ain dah 21tahun okeyh, Ain nak kan kebebasan, hak bermain hak Ain tok"

Mau kena tembak dengan senapang patah kejap lagi =.='


Pada hari jadi sendiri aku juga telah set mind untuk tidak mempercayai sesiapa disebabkan kawan-kawan aku ni memang nampak normal diluar tapi dalam perut tak ada usus dan hati.. hahaha Aku mengharungi hari itu dengan hati hati... #thisisserious

Dah la malam birthday sendiri yang patutnya diserikan dengan panggilan telefon terpaksa disenarai hitam kan, sebab aku membuta dari pukul 10:30 hingga 12:30 bagi mengelakkan kena prank jugak sebenarnya.. mujur bila bangun masih lengkap semua anggota badan..

Tapi malang seribu kali malang, diri ni tak cukup peka dengan keadaan sekeliling, aku kena prank dengan diowang ditaman lepas aku habis jogging. Sumpah! Unexpected gile gile punya prank....  #hantukkepalakatdinding

Come on la! Aku tengah jogging kot.. nak kurus kot, kenapa buat aku macam ni... =(


Aku sikit punya syiok pergi jogging petang tu dengan Afiq dan Amirul (classmates), dah lah aku sendiri yang ajak tau bukan diowang, lepak kat playground semua, main buai macam kanak-kanak ribena, main seesaw, tanpa rasa yang akan jadi malapetaka lepas tu..  dan akhirnya waktu aku tengah berjalan kat padang rugbi....

Aku dimandi dengan air bancuhan telur + sanquick + kunyit + 100plus + softlan + kicap dan tepung, boleh bayangkan tak bau nya macam mana? Macam ni ---> muntah kuning hijau oren biru, semua ada!

Aku punya lari kat taman tu memang aku sendiri tak sangka aku boleh lari selaju tu, sampai sakit sakit kaki ea 3hari selepas.. bangun tidur rasa macam nak merangkak punya sakit..

Punya diowang nak melaksanakan niat jahat tu, sanggup turun bukit dah macam askar nak elak dari aku nampak..hahaha Pada mulanya cuma 3orang je at the end ada 8orang rupanya.. =.='

Entah bila masa diowang rancang, diowang menyorok, aku sendiri tak sedar, tak pasti.. Lakonan masing-masing memang boleh menang Anugerah Skrin...

Mangsa bersama dengan aku hari tu ialah Afiq sebab birthday dia 17hb September so kira kena balun sekali la... padan muka kau! Plan untuk aku, kau sekali kena!




ini hasil prank korang...
kalau masuk kuali memang jadi cekodok garing =P
Time nak basuh baju ni, aku muntah muntah bau air dia,
memang loya nak meninggal
=.='


The Most "TERHARU" Part

Tak cukup dengan prank air busuk ni, diowang prank aku lagiiiiii..... Siap bagi hadiah, berbalut cantik, ada beg lagi, kononnya kata Ikhwan si master mind, hadiah ni dari semua classmates, collect duit untuk aku, hati aku sumpah terharu gila dah time tu. Dia tambah lagi, yang aku asyik cakap nak benda ni je so diowang belikan lah aku satu...

Bila aku bukak pembalut, aku nampak kotak BlackBerry memang real habis!
Aku 50-50 nak percaya sebab Ikhwan ni setakat BB RM400 celah gigi je, nak melompat-lompat malu, dalam hati dah macam menggigil ni gembira,


and this is the thing..!


Ye memang aku asyik cakap nak BB je lately ni,
tapi sampai hati korang bagi BB tipu ni kat aku,.
='(
hahahahahaha


Gurauan berkasih namanya ni, haha Hadiah yang sebenar ada terselit dalam kotak tu lagi;


Tudung bawal warna hijau,
tetau aje Aini suka warna yang terang,
=')


Memang prank yang aku sangat2 tak expect, dengan kena tipu lagi dapat BB, buat aku tergelak sepanjang hari sampai malam, sampai ketika aku menaip entri ni. =')


Terima kasih Ikhwan, Nazera, Mariam, Ayu, Intan, Amirul, Afiq dan Razif untuk prank untuk blackberry tipu dan untuk dinner yang best di Segamat Seafood dan juga untuk lepak di Dataran Segamat sambil merenung langit beramai-ramai =D





"Selama ni aku terlupa untuk mensyukuri nikmat yang ini,
iaitu mempunyai mereka yang menceriakan hidup ku, Alhamdulillah"



*Entri ni akan bersambung lagi...