Fast Track Vs Slow Track




Assalamualaikum w.b.t
Hellllooo readers,




Fast track?
Aku pada mulanya memang kompius gile babeng nak amik ke tak. Bak kata peribahasa Melayu, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Banyak orang aku tanya mintak pendapat "patut atau tidak aku amik fast track ni?".

So nak tahu jalan mana aku pilih dan kenapa?
 Teruskan membaca okeyh =)


Apa Itu Fast Track?
Mungkin ramai antara korang yang pernah dengar Fast Track iaitu satu jalan cepat students diploma untuk ke Degree. Dimana lepas semester tiga diploma, diowang akan terus lompat ke degree bermula dengan semester 1 degree, tapi ada certain course yang bermula dengan semester 2. Kira cepat satu sem je dari perjalan diploma yang biasa, BUT satu sem boleh buat macam2 kan?? Setakat yang aku tahu syarat utama untuk kelayakan ialah CGPA 3.00 dan ke atas. Mungkin ada syarat lain tapi aku tak tahu, kalau ada yang tahu boleh la share ye. 


Apa Keburukkan Fast Track?
Yeah! Nice question bebeh. 
Once kowang bergelar student Degree, layanan yang korang terima dari lecturer tak akan sama dah macam korang dip dulu. Lect degree lebih tegas dengan mengganggap yang kowang dah besar, dah lebih matang n boleh buat semuanya sendiri tanpa bantuan mereka. Tak ada dah nak tolong korang itu, ini. Kalau korang tak faham ke hape, pepandai la carik jalan macam mana nak faham, pergi library ke, or pergi sendiri jumpa lect kat bilik.

Kehidupan akan lebih pack! Esaimen akan lebih tough, presentation akan lebih serius!

Paper yang korang carry akan lebih tough dari diploma. So takut nanti korang tak biasa dengan kehidupan macam ni sebab dah 3sem hidup dimanjakan lecturer.



Apa Kebaikkan Fast Track?
Macam yang korang tahu fast track means fast. Tapi tak adalah fast mana pun, cepat satu sem je dengan kawan-kawan korang yang dekat slow track tuh. So kawan-kawan korang baru ada sijil diploma, korang dah ada segulung ijazah. Walaupun cuma cepat dalam satu sem je, korang boleh buat macam-macam kot dalam satu sem awal tu. Pergi carik kerja, interview sana-sini. Kalau dapat kerja sebulan je dah berapa kan gaji untuk degree.

Kemudian korang akan rasa perasaan senior tu macam mana.ha3 -->tak leh pakai!



Jalan yang aku pilih?
Aku telah buat keputusan untuk amik Fast Track ke Degree in Marketing walaupun aku tahu apa risiko dia. Now aku dah pun nak masuk ke sem 3 degree UiTM Segamat.


Why?
Sejujur-jujurnya aku amik fast track ni pun sebab terikut member. Member aku yang selalu study sesama pilih jalan untuk ke FT, so kalau aku stay dip aku takut dah tak de member yang boleh teman aku study.he3

Kemudian aku terpengaruh dengan kata bapak Mat Deli " Peluang hanya datang sekali, guna kan sebaik-baiknya, jangan lepaskan". Dia cakap ni secara general bukan sebab aku tengah dilemma nk ke FT. Kebetulan mungkin.

Then aku fikir, kalau aku tak amik degree sekarang pun, aku tetap kena amik juga satu hari nanti, aku tetap akan lalui life as degree student jgak nanti kan. Bezanya cepat atau lambat je.


Jom usha apa kata pelajar lain yang dah amik FT

Kenapa awak amik FT?
Sebab nak cepat...

Menyesal tak amik FT?
Tak, sebab atas kerelaan saya sendiri

Nasihat buat student yang dilemme nak amik FT?
Kalau korang sukakan cabaran and know how to manage ur schedule,go for FT, kalau tak better jangan.

Yatie Basit, BBA (HONS) Marketing sem03 UiTM Segamat


Kenapa awak amik FT?
Sebab dorongan mak dan ayah..

Menyesal tak amik FT?
Yup, menyesal.. tapi mungkin ada hikmah,

Nasihat buat student yang dilemma nak amik FT?
Ikut kata hati korang =)

Nurfatin Said, BBA (HONS) Finance sem03 UiTM Segamat


So ini je yang aku boleh bantu buat korang yang tengah dalam dilemma sama ada nak amik FT atau pun. Aku harap entri ni boleh jadi rujukan untuk korang, kalau ada pape soalan nak tanya pasal FT boleh drop komen. Yang mana aku boleh jawab, aku jawab, kalau tak aku tanya member, kalau tak dapat jugak aku terus tanya lecturer. =)



p/s: Peluang hanya datang sekali, tapi jangan salah pilih langkah, buat solat istikharah =)





Pandangan anda amat dihargai

7 orang doakan saya DEKAN sem ni.:

Anum said...

jangan salah buat pilihan

Anonymous said...

biler aku nak grad nih..??? hahaha

azam said...

FT ok...tapi jgn terkantoi sudah...belajar baik²

ch@ said...

dah macam nak pilih calon menantu gamaknya. akak baru habis baca novel cinta. hahaaa. betul tu, buat pilihan tepat sebab bila dah berumah dan bertangga nak sambung belajar alamatla... mmg tak sampai2. akak la tu.

Akue Achik said...

insyaAllah boleh..yakin n percaya diri.. :)

ALL THE BEST! ^^

Nana said...

if kita yakin kita boleh buat xde masalah lah...yg pnting,degree mmg susah..bkn sng nk capai ssuatu kan..tp,slgi kita yakin,insyaalah boleh.

sea_lavender said...

pilih yg terbaik dan mngikut kemampuan masing2.. mohon pd Allah minta petunjuk.. Alhamdulillah sea_lavender juga dapat peluang ini... namun sea_lavender truskan perjuangan dalam diploma sea_lavender =) Alhamdulillah skg da final sem diploma ^_^ Pejam celik2x je.. hujung bulan 3 ni abis slps final exam.. de rezeki sambg dgree bulan 9.. doakan sea_lavender.. best of luck sem baru awak... kim salam pd yani dan bella kwn2 alamanda sea_lavender =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

fully designed by :yoUnique nurdani ©2011 All Rights Reserved