KALAU ULAR HITAM MASUK RUMAH

HAH! mintak maaf la ye gambar yang aku paint sendiri je yang aku upload,
tak sanggup rasanya nak search kat google gambar ular hitam..
SUMPAH! aku geli.

Ular hitam sinonim dengan perkara-perkara mistik dan ghaib. Namun jika ular hitam atau apa-apa jenis ular pun yang masuk kedalam rumah kita selalu disebabkan oleh;

1. Rumah ada tikus. Ular ni kan memang suka makan tikus, nak-nak plak kalau dia dah dapat bau, memang dia akan ikut bau tikus tuh sampai lah kerumah kita.

2. Jelmaan syaitan. Ni yang paling ditakuti, bila syaitan menjelma dalam bentuk ular hitam, berkemungkinan ada orang menghantar sihir kerumah kita.

Apa yang perlu dilakukan bila terserempak dengan ular hitam dalam rumah;

1. Perhatikan pergerakan ular tersebut. Kebanyakkan orang akan panik dan lari. Lepas tuh dah gelabah satu rumah mencari mana pergi ular tuh.

2. Ada orang cakap kita kene borak dulu dengan ular tuh. Suruh dulu ular tu keluar dari rumah kita secara baik, jangan terus bunuh. Mungkin ular tuh tersesat sampai masuk rumah kita atau mungkin juga ular tuh jelmaan syaitan,

3. Baling garam kat ular tuh untuk kasi dia lemah, pastu bawak keluar. Jangan bunuh didalam rumah.

Tips elak ular masuk rumah pulak;

1. Tabur kulit kerang keliling rumah. Aku sendiri tak pasti apa tujuan buat benda nih.
2. Tabur serbuk belerang keliling rumah sebab ular memang tak boleh kene serbuk belerang nih.


Kalau ada info yang salah atau yang nak ditambah bagitau la ye. Aku dapat info-info ni pun dari pengalaman aku sendiri. Rumah aku pernah dimasuk ular hitam sampai 4kali, pastu aku panik, lari lintang pukang. Dah kecoh nak carik mana pergi nye ular tuh. Then tak fikir apa terus bunuh ular tuh.Urmmm....


Nak furious voice? SINI
Nak main Berry game? SINI






   


15 comments:

pelangi said...

sumpah!!!! i hate the what it call S****!!!!!
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
aku takot...

ferra ferro said...

geli la ular .. eerrrrrgggh

NURUL AINI NORAZMAN said...

@pelangi,.
YUP! aku sndri xleh terima minatang nih,.hehehe

NURUL AINI NORAZMAN said...

@ferra ferro
geli giler,.

Otakku Otaku said...

comel nye ular tu

JR Online said...

Minta dijauhkan Tuhan ketemu benda ni dlm rumah atau di mana2

Fatin Baharum said...

salam singgah.

if i pon xsanggup kot nk google pic ulauuu. T_T. alhamdulillah takat ni xpnh jmpe lagi, mintak² selamanya xde yang sesat masuk umah ni, mintak jauh la kan.

tp btol tu orang tua ada cakap gak, bykmitos psl ulau ni.. haih..

latest entry : cheese tart ♥

no_answer said...

waaahh !

tips menarek pasal ular masuk rumah .

boley prepared ntok kecemasan nie :)

NURUL AINI NORAZMAN said...

@otaku otaku
comel kemendenye mcm tuh,.HAHAAH

NURUL AINI NORAZMAN said...

@JR online,.
harap2 mcm tuh lah,.aminnnn

NURUL AINI NORAZMAN said...

@fatin baharum
Wa'alaikumsalam,.
itulah,.mmg bnyk mitos,.apa2 pun kene kene amik lngkah berjaga2 lah,.=)

NURUL AINI NORAZMAN said...

@no answer
yeah!! p prepare cepat,.=p

RerameUngu said...

phewww...baru je sabtu lepas ada ular itam ni masuk umah..punyalah cuak!!! Geli pun ade gak...hadduuiii...mmg agak fobia smpai sekarang ni..nk tido malam pun tak tenang dok terbayang2..huhuhuh

Anonymous said...

just google around about ular hitam, and found your blog. from what i've seen at my friend house, its a sihir that someone want to send. kt rumah dia de byk ular itam tu.. kecik mcm cacing, tp bkn cacing...
just now, terjumpe ular hitam tu dpn rumah... ( -_-")

-AwoL-
awollife.blogspot.com

Anonymous said...

Bibik sy baru je bunuh ular itam senduk kot....kecik tp itam sgt....bunuh dlm bilik komputer lg....semoga Allah jauhkan kami drp marabahaya....aamiinn...